• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Mohamad Fuzi Dilantik Ketua Polis Negara

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, 58, adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata suruhanjaya itu juga bersetuju mengekalkan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

“Jawatan (Noor Rashid) bagaimanapun dinaikkan ke Turus III dan Suruhanjaya turut memutuskan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Mohamad Fuzi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Khalid adalah seorang yang “luar biasa” kerana sifat kesetiaannya yang tidak pernah luntur walau dalam apa jua situasi.

Ahmad Zahid berkata bekas Ketua Polis Negara itu juga telah berjaya menyelesaikan segala permasalahan dengan amalan profesionalisme sepanjang menjalankan tanggungjawabnya.

“Apabila saya mengarahkan Ops Cantas Khas dibuat sewaktu mula-mula saya diberi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri, ia dijayakan tanpa persoalan oleh beliau (Khalid) sendiri.

“Saya telah arahkan tiga pasukan elit diwujudkan iaitu Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang mana arahan datang daripada saya kepada Tan Sri Khalid dan ia dilaksanakan bagi menangani semua permasalahan berbeza terus ke sasaran dan tidak melalui hierarki,” katanya.

Ahmad Zahid berkata penubuhan ketiga-tiga pasukan elit itu telah menurunkan indeks kadar jenayah kepada 47 peratus secara metodologi konvensional atau 100 peratus jika menggunakan piawaian antarabangsa berdasarkan setiap 100,000 penduduk.

“Saya akan bertindak secara profesional iaitu soal dasar saya akan tentukan tetapi soal operasi saya tidak akan campur tangan dan saya beri kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis kerana ia menjadi amalan buat saya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut meluahkan harapan kepimpinan baharu yang diterajui Mohamad Fuzi dapat menaikkan prestasi dan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke tahap lebih tinggi.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani dokumen dan penyerahan tugas jawatan nombor satu dalam PDRM itu antara Mohamad Fuzi dan Khalid yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama empat tahun sejak 2013.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

Mohamad Fuzi menyertai pasukan beruniform itu pada 8 Januari 1984 sebagai Kadet ASP di Pulapol.

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Inteligen Politik E4 Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Politik dan Risikan) yang memangku pangkat SAC I pada 2006 dan Pengarah Cawangan Khas pada Julai 2015.

Beliau juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama dua bulan pada 2014. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Fuzi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

45 Pengganas Warga Asing Ditahan – KPN

15/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 45 warga asing dipercayai terbabit dengan kegiatan keganasan dikategorikan 'Foreign Terrorist Fighter'...

Fuzi Mampu Tangani Jenayah Rentas Sempadan

06/09/2017
0

KOTA KINABALU - Pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu memberi impak besar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd