• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daripada Cari Salah, Lebih Baik Solat Jenazah Ghaib

oleh
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Umat Islam disarankan melakukan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, kelmarin.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Nooh Gadut, berkata daripada berterusan mencari salah antara satu sama lain, adalah lebih baik jika berjemaah melakukan solat itu sebagai tanda simpati kepada mangsa.

Nooh menyatakan demikian kerana kesal masyarakat berterusan menuding jari dan bertelagah walhal ia bukan sahaja berdosa, malah risau boleh menjurus ke arah rosaknya iman akibat mempertikaikan ketentuan Allah.

Beliau yang pernah menjadi mufti Johor sebaliknya berkata, bukankah sudah termaktub dalam Rukun Iman, sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah.

“Kita di Malaysia ada lebih 16 juta umat Islam, apalah kiranya kalau kita secara berjemaah melakukan solat jenazah ghaib pada semua mangsa yang terkorban.

“Ini kerana selain dapat menambah pahala, kita juga secara tidak langsung mendoakan kepada mereka yang ‘syahid akhirat’ (mati dalam kebakaran).

“Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah, jadi jika kita sebagai umat Islam terkesan ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa marilah kita sama-sama seluruh umat Islam di negara ini melakukan solat jenazah ghaib,” katanya dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, beliau juga telah mengarahkan semua kadi daerah di seluruh negeri Johor untuk melakukan solat jenazah ghaib pada Jumaat ini.

Solat tersebut akan dilakukan di lebih 850 buah masjid bagi tujuan mendoakan untuk semua mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan.

“Kalau ada kekangan atau tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah, lakukanlah secara individu dan doakan mereka. Inilah cara Islam yang sebenarnya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan agar semua pusat tahfiz dan madrasah swasta di negara ini diletakkan pengawal keselamatan demi menjaga penghuni bangunan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Kebakaran Tahfiz IttifaqiyahPelajar TahfizPusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

18/04/2023
0

KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki bersama 11 rakan terbabas ke dalam parit di Taman Bendahara,...

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

Rakaman Pelajar Tahfiz Ditampar, Ditendang Tular

12/08/2022
0

SHAH ALAM - Satu rakaman insiden beberapa pelajar tahfiz dipukul tular menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd