• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Minta Sahkan Malaysia Bukan Negara Islam

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru Ketua Menteri Sabah dan Sarawak supaya mengesahkan pandangan bahawa Persekutuan Malaysia bukan dibentuk untuk menjadi sebuah negara Islam pada tahun 1963.

Beliau yang juga pemimpin Pakatan Harapan berkata, Sabah dan Sarawak perlu juga menyokong pandangan bahawa banyak negara yang majoriti penduduk beragama Islam tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Menurut Kit Siang, pandangan itu dinyatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

“Saya menyeru kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah untuk mengesahkannya kerana ia merupakan salah satu prinsip pembinaan asas negara serta salah satu terma dan syarat asas untuk Sarawak dan perjanjian Sabah untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

“Adakah Ketua Menteri Sarawak dan Sabah bersedia untuk melakukannya (mengesahkannya)?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim mendakwa kini wujud satu trend yang membimbangkan dalam kalangan pemerintah untuk berusaha memenuhi permintaan golongan yang menggunakan agama untuk memperoleh sokongan daripada orang ramai.

Justeru, Abdul Rahim mengingatkan ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan, ia tidak mempunyai niat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, kerana sekiranya demikian, ia akan menerima bantahan Sabah dan Sarawak.

Abdul Rahim merupakan Ketua Polis Negara sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama disiasat atas kesalahan meliwat lelaki. – MYNEWSHUB.CC

Tags: agama islamDAPLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd