DALAM kesedihan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, ada pula satu kes malang menimpa seorang ibu muda apabila dia diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya.
Seorang pengguna laman Facebook, Noor Nabilla Fattin telah berkongsi kisah sedihnya apabila dia dikatakan telah diceraikan oleh suaminya kerana perbuatan khianat daripada ibu mertuanya sendiri.
Semalam, Nabilla memuat naik satu gambar berserta kapsyen yang panjang dah meluahkan perasaan sedih dah pilunya atas kejadian buruk tersebut.
Dia dikatakan telah hadir ke sebuah mahkamah syariah bagi sesi perbicaraan jatuh talak oleh suaminya.
Wanita ini telah memakai jubah berwarna ungu yang dipakai ketika majlis bernikahannya dengan bekas suaminya itu.
“And today, i’m wearing our “jubah nikah” to hear the result. Thank you for all 3 talaq you gave me. Allah knows best. I’ve nothing to say to you. Wish you all the best. Semoga bahagialah ya.
“For my LOVELY mother-in-law, CONGRATULATIONS Datin for made us into this situation. Malam ni dah boleh buat parti dan sujud syukur ya sebab berjaya hancurkan semua,” itulah apa yang ditulisnya.

Difahamkan bahawa ibu mertua kepada Nabilla merupakan seorang yang bergelar datin. Tetapi datin yang jahat macam dalam drama TV itu, tidak restu hubungan anak dan cuba pula meruntuhkan rumah tangga anak sendiri.




Lebih kejam lagi, si ibu mertuanya itu berdoa supaya bayi di dalam kandungan menantunya itu gugur kerana konon Nabilla telah guna bayi di dalam kandungan itu sebagai ‘umpan’ untuk meminta macam-macam daripada suaminya.
Sepanjang beberapa bulan, Nabilla terpaksa hidup bersendirian di rumah sewa bersama bayi dikandunganya. Dia turut melahirkan anaknya sendirian tanpa suami di sisi dan bayi itu tidak diazankan oleh bapa kandungnya.
Bukan tu sahaja, katanya ada ‘ustaz’ yang mendakwa bahawa konon Nabilla menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya agar sentiasa patuh kepada arahannya.
“Untuk setiap tuduhan datin, yang saya gunakan Ali untuk minta macam2 dekat anak datin, saya tak redha. Dan untuk setiap harta yang datin fitnahkan saya untuk mengambilnya, jika betul saya tak pernah ada niat, Saya doakan segala harta tu ditarik semuanya dari datin. Dan saya tak redha langsung datin doakan keburukan untuk anak saya.”
Lebih perit lagi apabila dia menceritakan telah dihalau oleh ibu mertuanya itu ketika sedang sarat mengandung! Kejam sungguh si ibu!

Kasihan si anak, masih kecil dan terpaksa menghadapi dugaan yang besar serta membesar tanpa bapa kandung.
Semoga wanita ini tabah melelui ujian yang menimpa dirinya dan si kecil, Syaf Ali yang kini sudah berusia 8 bulan.
Masih wajarkah sebenarnya sikap jahat seorang ibu yang telah menghancurkan rumah tangga anaknya sendiri? Bukan kah perkara macam ni cuma terjadi di dalam drama petang?
“Anything yang jadi is between Bunda dan babah. Takde kena mengena dengan Ali. He will always be your only babah in this world. No one can take his place. I will only show you the best and good side about him. Please love and respect him just like u love and respect me,” tulis wanita ini lagi.
Sakit sungguh realiti yang terpaksa dua beranak ini hadapi. Mudah-mudahan si ibu mertua sempat meminta maaf kepada mereka ini. Setiap perbuatan buruk pastinya ada balasan.
Kalau bukan di dunia, dekat akhir sana sudah menanti. Tapi kita tidak boleh hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja. Mungkin ada sesuatu yang terjadi di dalam rumah tangga mereka sehingga perkara seperti ini berlaku. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
*Video sekadar hiasan…

