• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Puji Kerajaan Keluar Lesen Ubat Hepatitis C

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan syabas kepada Kerajaan kerana mengeluarkan lesen berhubung “hak kerajaan” untuk mendapatkan versi generik (umum) ubat Hepatitis C, sofosbuvir seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam kenyataan akhbar pada 20 September lalu.

Presidennya, S. M. Mohammad Idris berkata, langkah itu memberi harapan kepada 500,000 pesakit Hepatitis C di Malaysia dan keluarga mereka kerana akhirnya terdapat ubat yang berkesan pada harga yang mampu dibeli.

“Kami menggesa kerajaan untuk memastikan ubat berkenaan boleh diperolehi dalam tempoh beberapa hari atau sekurang-kurangnya seminggu dua.

“Langkah kerajaan itu boleh menjimatkan antara 95 hingga 99 peratus. Pada ketika ini kos bagi rawatan lengkap selama 12 minggu ialah kira-kira RM300,000,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam sidang akhbarnya, Menteri Kesihatan berkata, harga terakhir yang dirundingkan dengan syarikat pemegang paten bagi ubat sofosbuvir ialah RM50,000.

Justeru, kata S. M. Mohammad, CAP percaya dengan adanya lesen pemberian kerajaan, penggunaan ubat generik boleh menurunkan harganya antara RM500 hingga RM1,000 bagi rawatan lengkap setiap pesakit.

Dalam kata lain, jelas beliau, kerajaan dan pesakit boleh menjimatkan kos sehingga 95 hingga 99 peratus dengan mengambil ubat versi generik melalui pengeluaran lesen kegunaan kerajaan.

“Malaysia menjadi negara pertama di dunia mengeluarkan lesen kegunaan kerajaan atau lesen wajib bagi sofosbuvir atau mana-mana ubatan di bawah kategori dikenali sebagai “direct acting anti-virals (DAA)” yang berkesan untuk merawat Hepatitis C. Langkah yang dimulakan ini boleh menjadi pendorong kepada negara-negara lain untuk mencontohinya,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hepatitis CS. M. Mohammad Idris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggunaan Kit Diagnostik, Rawatan Hepatitis C Diperluas Ke Klinik Kesihatan

Penggunaan Kit Diagnostik, Rawatan Hepatitis C Diperluas Ke Klinik Kesihatan

28/07/2022
0

PUTRAJAYA: Program saringan dan rawatan Hepatitis C di seluruh negara dimantapkan dengan mempertingkatkan penggunaan kit diagnostik pantas lebih mudah, murah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd