• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Diri Kerana Tidak Dibenar Duduki Peperiksaan

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIS…seorang budak sekolah berusia 12 tahun yang merupakan pelajar paling pintar di sekolahnya telah membunuh diri selepas tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Navneet Prakash, 12, yang merupakan pelajar tahun 5 di sekolah Saint Antony’s Convent, India juga dikatakan sering diganggu oleh guru sekolahnya, Bahvna, yang sering memaksa budak itu menyertai kelas tusyen yang dikendalikannya.

Menurut bapanya, Ravi, pada hari kejadian anaknya balik ke rumah dan terus naik ke atas sebelum turun untuk makan.

“Ibunya memberikannya makanan dan tidak lama kemudian dia membawa air di dalam gelas bersamanya,” kata Ravi yang merupakan seorang guru fizik di Bapu Inter College.

Apabila anak mereka tidak turun, Ravi telah ke biliknya dan mendapati Navneet terbaring dengan mulut berbuih.

Mereka membawanya ke hospital namun dia disahkan meninggal dunia.

Navneet dipercayai minum racun.

Susulan itu, guru berkenaan, Bhavna telah ditahan dan bedah siasat juga sedang dilakukan.

“Anak saya sangat bijak. Dia bercita-cita mahu menjadi ketua menteri,” kata Ravi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuh dirikanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.