• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Sorok Tunang, Remy Lebih Selesa Jaga Privasi

oleh
05/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI yang sudah mengetahui bahawa pelakon Nur Kasih The Movie, Remy Ishak sebenarnya kini telah bergelar tunangan orang.

Hal ini kerana, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei bin Ishak dilihat tidak pernah sekalipun berkongsi gambar bersama tunang di laman sosial.

Pelakon ini mengambil langkah sedemikian berikutan merasakan ia terlalu peribadi dan dia lebih selesa menjaga privasi.

Baginya, tidak semua perkara yang berlaku berkaitan dirinya perlu dikongsi untuk tatapan umum.

“Tidak semua manusia sama. Mungkin ada yang suka berkongsi gambar dengan pasangan di laman sosial. Malah saya tidak salahkan mereka kerana ini pilihan dan hak masing-masing.

“Berbeza dengan saya apabila menjadikan perkara sebagai sesuatu yang privasi. Saya faham peminat ingin tahu, tetapi ini pendirian saya. Harap semua faham dan hormat.

“Lagi pula antara kami saya yang selebriti. Jadi biar saya seorang saja ke depan,” katanya memetik Harian Metro.

Difahamkan, Remy telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Ezza Yusof pada 30 April lepas.

Tunang Remy merupakan seorang ahli perniagaan dan berasal dari Mentakab, Pahang.

Ketika ditanya tentang majlis perkahwinan, Remy berkata perancangan sudah ada namun masih belum menemui tarikh yang sesuai berikutan terlalu sibuk dengan kerjaya.

“Perancangan sudah ada, tetapi belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Bukan apa buat masa sekarang saya sibuk dengan komitmen kerja.

“Apa yang penting sekarang doakan saja yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Remy juga tidak ketinggalan berkongsi tentang perkembangan terbaru yang dikatakan bakal muncul dalam filem Kau Takdirku.

Filem arahan Jason Chong ini menampilkan beberapa pelakon terkenal tanah air seperti Ezzaty Abdullah, Bront Palarae dan Remy sebagai tonggak utama.

Filem tentang kisah cinta yang satu, dunia dan akhirat ini bakal menemui para penonton pada 7 September ini. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: bertunangRemy Ishak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remy Ishak Mengaku Alami Depresi, Sedang Berubat

18/10/2019
0

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau enggan keluar dari rumah. Pelakon utama filem Sangkar itu...

Remy Ishak Dedah Sudah Putus Tunang

20/03/2019
0

PELAKON Remy Ishak mendedahkan dia dan tunangnya, Ezza Yusof sudah memutuskan tali pertunangan sejak sebulan lalu. Tidak mahu terlalu memperincikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd