Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

AMK PKR Enggan Tarik...

TENTU ramai masih ingat lagi mengenai doa laknat yang dibacakan langsung oleh pemimpin...

Namron Kesal, Nama Ditolak...

KEBANYAKAN barisan pelakon di kaca televisyen kini hanyalah muka yang sama sehingga membuatkan...

GAMBAR: Mislina ‘Gelandangan’ Berbikini...

Nak ikutkan Mislina Mustaffa bukanlah pelakon yang terkenal sangat di Malaysia ini melainkan...

Penagih Dikhuatiri Makan Abu...

BROCKTON (Amerika Syarikat) - Seorang wanita yang abu mayat ibunya dicuri dari keretanya...

Bukan Niat Campur Tangan Urusan Pusat Tahfiz – TPM

KUALA LUMPUR – Susulan insiden kebakaran pusat tahfiz di sini yang mengorbankan 23 orang hari ini, semua pusat sedemikian di seluruh negara harus mematuhi piawaian keselamatan bangunan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu jelas dalam peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sejak 2011, ada 31 kejadian seperti ini berlaku, piawaian keselamatan harus dipatuhi semua pihak demi keselamatan pelajar dan tenaga pengajar tahfiz.

“Tiada niat kerajaan pusat mahu campur tangan urusan kerajaan negeri…kita cuma mahu piawaian keselamatan dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian petang ini.

Menurutnya keselamatan pelajar dan tenaga pengajar harus menjadi keutamaan.

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa kebakaran itu.

Daripada laporan yang diberikan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah disahkan bahawa yang meninggal dunia seramai 23 orang – 21 pelajar dan dua tenaga pengajar, katanya.

​​​​Ahmad Zahid berkata polis dan bomba akan melakukan siasatan lanjut kes kebakaran itu dan siasatan awal mendapati premis itu tidak terdapat ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya dipatuhi.

Katanya aspek keselamatan harus diberi keutamaan walaupun pusat itu adalah tempat sementara susulan pusat asal mereka sedang melalui kerja-kerja pengubahsuaian.


“Walaubagaimanapun saya ingin mengulangi bahawa kita mempunyai dasar pendidikan maahad tahfiz dan Ini harus diikuti, walaupun ia berbentuk sementara atau kekal.

“Ciri-ciri keselamatan sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak bomba mesti dan wajib diikuti.

“Saya tidak berhajat untuk campur tangan hal ehwal pendidikan agama yang terletak di bawah kerajaan negeri atau mana-mana pihak berkuasa peringkat negeri,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata kerajaan mahu memberikan cadangan agar piawaian yang ditentukan, melalui dasar pendidikan maahad tahfiz ini dipatuhi sepenuhnya, malah jabatan bomba dan penyelamat juga telah menyediakan latihan khusus agar maahad tahfiz ini dan sekolah-sekolah agama rakyat mewujudkan pasukan bomba sukarelawan masing-masing.

Ahmad Zahid berkata proses DVI (Disaster Victim Identification) sedang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur bagi mengenal pasti identiti kesemua 23 jenazah itu. – BERNAMA

Kategori