• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BTN Serah 15,000 Jalur Gemilang Kepada UMNO

oleh Ahmad Albab
12/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Biro Tatanegara (BTN) Sabah menyerahkan kira-kira 15,000 Jalur Gemilang kepada 25 bahagian Umno Sabah untuk diagihkan kepada pemimpin dan rakyat akar umbi di seluruh negeri sempena sambutan Hari Malaysia.

Pengarah BTN Sabah Datuk Armizan Mohd Ali berkata pengagihan Jalur Gemilang berkenaan adalah sebahagian daripada usaha dan pendekatan agensi berkenaan untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan Bulan Kebangsaan serta Hari Malaysia pada 16 September ini di mana Sabah dipilih sebagai tuan rumah.

“Kita mendengar aspirasi rakyat Sabah yang inginkan supaya sambutan Hari Malaysia ini diberikan penekanan dan kepentingan yang lebih dan bukan hanya tumpuan diberi kepada Hari Kebangsaan 31 Ogos. Ini adalah aspirasi masyarakat kita di Sabah.

“Alhamdulillah, kita berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana apabila beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun pertama perlantikannya, bukan sahaja 16 September itu beliau umum sebagai cuti umum tetapi sambutan Hari Malaysia telah diadakan di peringkat nasional dengan sambutan lebih bernilai, bermakna dan inklusif,” katanya.

Armizan yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Umno Bahagian Papar berkata demikian kepada peberita selepas menyerahkan bendera berkenaan kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang merupakan Pengerusi Bersama Sambutan Hari Malaysia 2017 sempena Mesyuarat Perhubungan Umno Sabah di sini malam tadi.

Menurut Armizan tarikh 16 September merupakan keramat kerana pada tarikh berkenaan tertubuhnya negara Malaysia yang melibatkan komponen penting iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Armizan meminta semua lapisan masyarakat agar turut memainkan peranan masing-masing serta bersama-sama dengan kerajaan memeriahkan sambutan Hari Malaysia tahun ini.

“BTN pada hari ini berusaha untuk bersama-sama membantu memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia ini di peringkat nasional hinggalah ke peringkat negeri serta daerah-daerah. Program kibar Jalur Gemilang tidak harus terhenti hingga 31 Ogos sahaja tetapi diteruskan hingga ke 16 September,” katanya. – BERNAMA

Tags: BTNUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GRS Fokus Laksana Mandat Rakyat, Tidak Terikut Politik Semenanjung

01/04/2021
0

KOTA KINABALU - Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap fokus dalam melaksanakan mandat rakyat Sabah yang mahukan negeri...

UMNO Sabah Tetap Pertahan GRS

05/01/2021
0

KOTA KINABALU - UMNO Sabah mengulangi pendirian untuk terus mempertahankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibentuk menerusi kerjasama pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd