• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Sah Kebakaran Ittifaqiyah Disengajakan

oleh
21/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur Khamis lalu adalah disengajakan.

Malah menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim, insiden tragik tersebut berpunca daripada api yang sengaja dinyalakan oleh seseorang dengan menggunakan cecair petrol.

Hasil siasatan oleh pihak JBPM ujarnya mendapati bahan minyak terbabit telah dicurahkan di rak tuala dan kasut serta dinding di hadapan pintu masuk asrama di aras tiga bangunan terbabit.

Katanya, kebakaran kemudian merebak ke bahagian siling dan membakar pintu masuk aras tiga tersebut. Api marak dengan cepat akibat gas dilepaskan daripada dua silinder gas petroleum cecair (LPG) diletakkan di situ.

Beliau turut mengesahkan terdapat dua buah silinder LPG berwarna hijau berbelang merah dijumpai di hadapan pintu masuk bilik asrama pusat tahfiz itu yang mencetuskan tanda tanya pada hari kejadian.

Jelas Wan Mohd., situasi bertambah buruk akibat bahan mudah terbakar yang banyak berada di dalam bilik asrama terbabit menjadi punca api merebak dengan pantas dan mangsa tidak dapat menyelamatkan diri.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di sini, pagi Khamis. Pihak JBPM turut mendapati kedua-dua silinder tersebut telah kosong dan injapnya dalam keadaan terbuka.

“Pada masa sama, Unit Anjing Pengesan (K9) telah mengesan tujuh tempat dan tujuh sampel telah diambil di hadapan pintu masuk bilik asrama tersebut.
 Dalam kes ini empat ekor anjing telah digunakan.

“Kesemuanya menunjukkan ke tempat yang sama. Sampel ini telah dianalisa pegawai kimia di Makmal Penyiasatan Kebakaran Kuala Lumpur dan didapati empat sampel tersebut mengandungi residu cecair mudah menyala.

“Ia adalah jenis petrol,” kata Wan Mohd. Mengulas lanjut, kata beliau, kebakaran di pusat tahfiz tersebut dipercayai disebabkan oleh api yang dinyalakan dengan menggunakan petrol yang telah dicurahkan.

“Berdasarkan penemuan-penemuan tersebut, punca kebakaran adalah perbuatan sengaja dibakar,” katanya. Dalam kejadian Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tersebut terkorban.

Semua mangsa terperangkap di asrama yang terletak di tingkat paling atas itu kira-kira 5.15 pagi. Pada Sabtu lepas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja ditahan.

Suspek yang berusia antara 11 dan 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan. Pihak polis percaya motif kejadian adalah angkara dendam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Darul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

Mustahil Kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Dilakukan Seorang Individu – Pendakwa

11/05/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya...

“Saya Mahu Dia Jadi Lebih Baik Selepas Ini” – Bapa

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd