• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bioskrin Diharap Tak Timbul Masalah Kepada Pengguna

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Malaysia berharap sistem BioSkrin yang bakal diperkenalkan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands, di sini, tidak akan menimbulkan permasalahan kepada pengguna jalan raya di negara ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak menafikan setiap negara mempunyai polisi dan sistem imigresen sendiri dalam memastikan tahap keselamatannya.

Bagaimanapun, polisi itu, kata beliau harus mudah dan senang diakses oleh orang awam agar tidak mengakibatkan kesesakan dan kesusahan kepada pengguna.

“Kita juga ada sistem untuk memastikan keselamatan negara. Ini termasuk sistem Radio Frequency Identification (RFID) yang akan dilaksanakan kelak dan Caj Jalan Raya (RC) yang sudah dikenakan terhadap setiap kenderaan masuk ke Malaysia,” katanya.

Diharap biar apapun polisi yang diperkenalkan Kerajaan Singapura, ia tidak akan menyukarkan rakyat Malaysia yang ingin ke republik itu dan ia perlu selesa dan memudahkan orang ramai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Global Ali Baba bagi perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (SME) di sini, hari ini. ,

Beliau diminta mengulas kenyataan ICA semalam yang mengumum akan memperluaskan secara progresif percubaan sistem BioSkrin untuk pelawat berkereta yang tiba dan berlepas menerusi pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands.

Dalam kenyataan itu, ICA berkata sistem BioSkrin tersebut akan mengimbas cap ibu jari pelawat apabila mereka menjalani pemeriksaan imigresen di kaunter kereta.

Menurut ICA, ia dilakukan bagi memantapkan pengesahan identiti para pelawat namun akan menyebabkan para pelawat mengambil sedikit masa untuk pemeriksaan.

Terdahulu, mengenai majlis itu, Liow meminta pengusaha SME agar mengambil peluang kewujudan projek ruang kargo (aeropolis) Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi memasarkan produk mereka ke negara ASEAN dan China.

Katanya, seruan itu berikutan banyak SME di Malaysia menjalankan perniagaan secara tradisional dan oleh itu perlu berani mentranformasikan diri, sesuai dengan perubahan dunia.

“Misalnya anda boleh nampak perniagaan sundries shop (kedai runcit). Kebanyakannya telah ditutup dan diganti dengan pasar raya kini berikutan perubahan semasa, melainkan di tempat-tempat terpencil. ”

Jadi, dalam hal ini, SME kena menyesuaikan diri dengan perniagaan e-dagang agar mereka dapat keluar negara untuk meluaskan perniagaan ,” katanya yang juga Presiden MCA. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ekspo Ternakan Bakal Warnai HPPNK 2017

Next Post

Pelajar UiTM Harumkan Nama Malaysia

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

Next Post

Pelajar UiTM Harumkan Nama Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd