Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bekas TKP JPJ Tukar...

PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),...

Anak Beranak Maut Kereta...

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak perempuannya berusia dua tahun maut manakala...

FRU Sita 8,000 Liter...

ALOR SETAR: Sebanyak 8,000 liter minyak diesel disita hasil operasi dijalankan Pasukan Simpanan...

Sanusi Boleh ‘Claim’, Tapi...

SEPANG : “Dia (Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor) boleh ‘claim’ (dakwa),...

Betul Ke Astro Bakal Lancar Radio Dakwah Islamiah?

BARU-BARU ini netizen tempatan gempar apabila bekas juara Akademi Fantasia, Asmawi Ani atau Mawi dilaporkan bakal jadi penyampai sebuah stesen radio baharu di bawah Astro Radio Sdn. Bhd.

Berita tersebut asalnya daripada program Majlis Kesyukuran anjuran rangkaian stesen penyiaran berkenaan pada Khamis lalu yang turut menyaksikan sekumpulan individu tampil dipercayai bakal penyampai stesen terkini itu.

Sumber industri memaklumkan, stesen terbaharu itu akan dilancarkan 2 Oktober dan lebih menarik, ia dijangka menjadi saluran radio dakwah Islamiah seumpama Astro Oasis yang kini popular menerusi platform televisyen.

Astro Radio (dahulu dikenali sebagai AMP Radio Networks) ketika ini memiliki sembilan saluran termasuk tiga berbahasa Melayu iaitu Era FM dan Sinar FM, manakala THR Gegar terhad liputannya di wilayah Pantai Timur.

Sementara baki lain ialah tiga berbahasa Inggeris iaitu Mix FM, Hitz FM dan Lite FM, selain dua berbahasa Cina iaitu MY FM dan Melody FM, serta satu berbahasa Tamil iaitu THR Raaga yang liputannya sekitar Pantai Barat.

Jika berita ini memang benar, maka saluran terbaharu Astro Radio ini bakal bersaing sengit dengan IKIM.fm milik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Salam FM di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Malah RTM turut menyiarkan program keagamaan secara slot kapsul menerusi saluran kebangsaan iaitu Nasional FM, Klasik FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM dan Asyik FM selain 30 stesen negeri dan wilayah di seluruh negara.

Tidak ketinggalan ialah Media Prima yang memiliki One FM dan Fly FM, turut ada slot kerohanian menerusi Hot FM dan Kool FM sama ada bacaan al-Quran, tazkirah, soal jawab agama dan azan setiap kali tiba waktu solat fardu.

Stesen tempatan lain juga mempunyai program sedemikian antaranya Bernama Radio, Best FM, Manis FM dan Suria FM. Kesedaran mengenai ajaran Islam dalam kalangan pendengar turut menjadikan slot itu ada permintaan.


Trend siaran berbentuk dakwah Islamiah ini juga bukan lagi asing di Malaysia dan jangan terkejut apabila rating untuk program sedemikian adalah setanding bahkan ada lebih popular berbanding slot hiburan, drama atau sukan.

Khabarnya RTM juga dijangka melancarkan saluran TV khas genre dakwah seperti TV AlHijrah berikutan projek pendigitalan penyiaran nasional menyaksikan TV1 dan TV2 akan dipecah beberapa saluran mengikut tema tertentu.

Setakat ini, Astro Radio belum mengeluarkan sebarang kenyataan namun siaran percubaan sudah dapat didengar di seluruh Semenanjung Malaysia sejak beberapa bulan lalu yang sebelum itu ia merupakan frekuensi stesen Red FM.

Untuk rekod, stesen itu termasuk Capital FM dahulunya di bawah Star Radio, kemudian diambil alih oleh Astro Radio tahun lalu, sekali gus menjadikan ia sebagai pengendali rangkaian radio swasta paling banyak di Malaysia.

Ketika ini, siaran ujian stesen ini boleh diikuti secara format RDS menerusi gelombang stereo 104.9 Mhz (Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang Barat, Perak Selatan) dan 98.1 Mhz (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara).

Juga melalui frekuensi 106.4 Mhz (Perak Tengah), 91.6 Mhz (Pahang Timur, Terengganu Selatan), 98.9 Mhz (Melaka, Johor Utara) dan 92.8 Mhz (Johor Selatan, Singapura, Batam Indonesia). – Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • astro

Kategori