• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Berlakon Minat, Menyanyi Jiwa” – Kaka Azraff

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMENJAK akhir-akhir ini penyanyi lagu Bukan Hal Aku, Kaka Azraff dilihat lebih banyak berlakon berbanding nyanyian.

Kaka bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk serius dalam lakonan kerana fokus utamanya adalah kepada bidang nyanyian.

“Pada saya berlakon itu minat, menyanyi pula jiwa jadi nyanyian tetap keutamaan saya.

“Saya berlakon pun kerana ingin mencuba sesuatu yang lain dalam karier saya. Ia pengalaman menyeronokkan dan mengubah hidup saya.

“Lakonan mengajar saya mencari sisi lain dalam diri dan ia bukan suatu perkara yang mudah untuk dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Kaka berkata, dia ada menerima banyak tawaran berlakon namun terpaksa bersikap memilih kerana dia tidak mahu ia membayangi karier nyanyiannya.

“Saya sudah berlakon dalam beberapa buah drama dan terlibat dalam tiga filem iaitu Aliff Dalam 7 Dimensi, Cinta Paradoks dan Interchange.

“Menerusi tiga filem itu saya hanya pegang watak kecil sahaja manakala drama Kesempatan Kedua yang ditayangkan beberapa bulan lalu paling berat.

“Saya pegang watak utama disamping Izzue Islam dan ia mencabar kerana saya perlu banyak menangis tetapi ia cabaran dan mengajar saya untuk jadi pelakon lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Kaka berkata, dia kini sedang sibuk menyiapkan album pertamanya yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi. – mStar Online

Tags: kaka azraffpenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trafik Lancar Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

Next Post

Fazura Bakal Duet Penyanyi Antarabangsa

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Fazura Bakal Duet Penyanyi Antarabangsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd