Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PRK Sandakan: Hari Pengundian...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai hari pengundian...

Tidak Wujud Percanggahan Jumlah...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim hari...

Syarikat Mexico Temui Telaga...

MEXICO – Syarikat minyak Sierra Oil and Gas mengumumkan penemuan sebuah medan minyak...

Derma Darah Bantu Negeri...

KUALA LUMPUR - Pusat Darah Negara (PDN) hari ini menggesa orang ramai supaya...

Bendera Johor, Daerah Dikibar Separuh Tiang

JOHOR BAHRU – Bendera Johor dan bendera daerah di negeri ini dikibarkan separuh tiang mulai hari ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sehingga selesai istiadat pemakaman Almarhum Sultan Abdul Halim pada 4 petang esok.

“Arahan berkuat kuasa serta-merta ini sudah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pegawai Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan berkanun oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor untuk tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Sultan Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 2.30 petang tadi.

Almarhum, yang memerintah Kedah selama 59 tahun, berusia 89 tahun. – BERNAMA

Kategori