• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Setiausaha SPR Meninggal Dunia

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya – Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Kamaruddin Mohamed Baria meninggal dunia akibat serangan asma di kediamannya di Presint 10, di sini awal pagi ini.

Allahyarham, 62, meninggalkan seorang isteri, empat anak berusia 27 hingga 35 tahun termasuk seorang lelaki serta dua cucu.

Isterinya, Datin Seri Noor Azan Ahmad, 61, berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 pagi.

Beliau berkata, Allahyarham yang menghidap penyakit asma sejak beberapa tahun lalu mengadu sesak nafas sebelum itu.

Ahli keluarga menyiram air mawar ketika pengebumian bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya. – Foto NSTP

“Saya menghubungi ambulans dan pegawai perubatan yang tiba terus memberi bantuan pernafasan, namun suami kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya

Beliau berkata, jenazah disembahyangkan di Surau Al-Furqan, Presint 11 Putrajaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 selepas solat Jumaat.

“Allahyarham suami, bapa, datuk yang sangat baik, bertanggungjawab dan penyayang. Allahyarham amat menyayangi cucu-cucu dan sentiasa menjaga mereka dengan baik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini.

Kamaruddin dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1 Oktober 2010 dan bersara pada 13 Ogos 2013. – Bernama

Tags: meninggal duniaSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd