• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penghidap Kanser Cekal Ke Menara Gading

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Bekas penghidap kanser tulang belakang dan berstatus orang kelainan upaya (OKU), Nur Syiham Naz’izan tidak menjadikan kedua-dua aspek itu sebagai tembok penghalangnya untuk mendaki tangga menara gading.

Gadis berusia 20 tahun itu berkata akibat penyakit yang dideritainya ketika berusia 11 tahun tersebut, beliau mengalami kesakitan pada kedua-dua buku lali, sekali gus menyukarkannya untuk berjalan jauh.

“Saya disahkan menghidap kanser tulang belakang tahap tiga ketika di darjah empat dan terpaksa menjalani rawatan termasuk kemoterapi sebanyak enam kali.

Alhamdulillah, ketika di tingkatan satu penyakit saya lega sepenuhnya (pulih), namun masih perlu menjalani pemeriksaan susulan setahun sekali,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nur Syiham yang berasal dari Sungai Petani, Kedah adalah antara 4,957 pelajar baharu termasuk 511 pelajar antarabangsa yang mendaftar untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana muda berkembar di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi akademik 2017/2018.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam itu berkata beliau memilih UUM kerana universiti tersebut mesra OKU termasuk menyediakan pengangkutan bagi pelajar sepertinya.

“Saya yakin dengan kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU di sini, saya dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang seperti pelajar normal lain,” kata pemegang kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat itu.

Bapanya Nazi’zan Saad, 46, berkata anak sulungnya itu seorang yang cekal dan tabah dalam menjalani kehidupannya.

“Dia juga sangat fokus dalam pengajian dan tidak suka bercakap banyak,” kata bapa kepada empat anak itu.

Menurutnya Nur Syiham bertekad membuktikan golongan OKU sepertinya juga mampu belajar hingga ke menara gading. – BERNAMA

Tags: kanserMenara Gading
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd