• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Murid Boleh Pakai Baju Biasa Ke Sekolah

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk datang ke sekolah esok dengan berpakaian biasa.

JPN dalam kenyataan hari ini turut menasihatkan kepada ibu bapa di kawasan yang terlibat banjir agar memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah.

“Begitu juga dengan alat tulis atau buku yang rosak, mereka tidak perlu bimbang sebaliknya apa yang perlu, pelajar berkenaan hadir ke sekolah seperti biasa esok,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak agar tidak bermain di tebing lima batang sungai kerana airnya deras.

Sungai berkenaan ialah Sungai Korok, Sungai Abi, Sungai Santan, terusan Lencongan Utara dan Sungai Perlis.

JPS memaklumkan hujan lebat yang turun di negeri ini sekarang menyebabkan paras air di Empangan Timah Tasoh di Beseri dekat sini malam tadi meningkat kepada 29.91 meter iaitu pada paras bahaya.

Berikutan itu, pihak JPS terpaksa melepaskan air dari empangan terbabit untuk menurunkan paras air di dalamnya ke paras normal, menyebabkan aliran air deras masuk di kelima-lima sungai berkenaan.

“Justeru, ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi anak-anak mereka tidak bermain di kawasan tebing-tebing sungai terbabit bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: banjir kilatJPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd