Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Histeria: Pelajar SMK Pengkalan...

KOTA BHARU - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini,...

Calon PKR Dimuktamadkan Selepas...

PORT DICKSON: PKR akan memuktamadkan calon bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Azab Buang ‘Kolagen Saka’,...

AKIBAT membuat suntikan kolagen bagi meruncingkan dagu, dua individu ini pernah teruk diejek mempunyai...

Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie...

BOLEH dikatakan Bali, Indonesia dan Pulau Maldives antara destinasi paling favourite yang sering menjadi...

Banjir Lumpur: 19 Pendaki Malaysia Dipindahkan

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur di Perkampungan Terskol, Rusia tiba di puncak Gunung Elbrus dan kemudian turun dengan selamat di kaki gunung pada Ahad.

Wisma Putra berkata mereka sampai di puncak gunung setinggi 5,642 meter itu yang merupakan gunung tertinggi di Eropah pada pukul 8.30 pagi Ahad dan kemudian dipindahkan ke tempat selamat oleh pihak berkuasa tempatan.

“Para pendaki akan dipindahkan ke lapangan terbang berhampiran di Moneralnye Vody sebelum diterbangkan keluar daripada Moscow,” kata kenyataan Wisma Putra.

Ia berkata kerajaan Malaysia melahirkan rasa penghargaan kepada kerajaan Rusia atas keprihatinan dan usaha mereka dalam menyelamatkan rakyat Malaysia yang terbabit dengan bencana tersebut.

Enam anggota pendaki wanita Kembara Srikandi Prihatin (KSP) dan 13 pendaki Malaysia lain terkandas di kawasan pergunungan Elbrus di Republik Kabardino-Balkar di Kaukasus Rusia berikutan banjir lumpur pada Jumaat.


Dilaporkan para pendaki itu akan diterbangkan pulang dan dijangka tiba esok. – BERNAMA

Kategori