• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Gerakan Gesa DAP Akui Kelemahan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini didesak mengakui kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di negeri itu kebelakangan ini adalah akibat pembangunan negeri yang tidak terancang.

Dalam gesaannya, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri juga perlu mengakui kejadian banjir terbabit disebabkan pembangunan yang terlalu pesat.

Sepanjang hampir 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, mereka hanya tahu menolak isu banjir kepada kerajaan persekutuan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Oh berkata kejadian banjir kilat terbaharu hari ini yang turut menyaksikan kejadian tanah runtuh selain air kekuningan, menunjukkan kesemua itu kesan daripada kelulusan yang diberi pihak kerajaan negeri kepada pemaju untuk meneroka kawasan hutan dan lereng bukit.

“Apa yang diharapkan oleh rakyat negeri adalah untuk melihat kesungguhan pihak kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya sekadar mencari alasan untuk mengelakkan dirinya daripada dipertanggungjawabkan,”

Hujan lebat sejak 3 pagi tadi telah mengakibatkan 100 kawasan di Pulau Pinang dinaiki air serta lebih 40 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Mengulas lanjut, Oh berkata kekerapan banjir kilat melanda negeri itu hanya membawa kerugian besar kepada masyarakat khususnya peniaga selain kerosakan harta benda rakyat.

“Rakyat negeri ingin melihat pelan tindakan yang dicadangkan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah banjir.

“Lebih mengecewakan ialah setelah 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, masalah banjir semakin serius dan terdapat banyak kawasan yang dahulunya tidak pernah dilanda banjir turut terjejas. Hal ini jelas membuktikan kegagalan pihak kerajaan negeri dalam isu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirDAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd