• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Terima Peletakan Jawatan Morten Frost

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat kejutan hari ini apabila mengumumkan peletakan jawatan pengarah teknikal badan induk itu, Morten Frost.

Presidennya, Datuk Seri Norza Zakaria, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) membuat pengumuman itu selepas satu perjumpaan di antara mereka di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Menurut Norza, jurulatih berusia 59 tahun dari Denmark itu menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin (11 September), dengan menyatakan alasan masalah peribadi.

“Adalah dengan berat hati saya mengumumkan bahawa BAM menerima peletakan jawatan Pengarah Teknikal Morten Frost.

“Pengurus Besar BAM (Michelle Chai) akan berbincang lebih lanjut dengannya (Frost), tetapi buat masa ini lima ketua jurulatih akan berada di bawah C&T.

“Michelle juga akan bekerjasama lebih erat dengan ketua jurulatih untuk memberi sokongan kepada sistem ini,” kata Norza.

Lima ketua jurulatih ketika ini adalah Misbun Sidek (perseorangan lelaki), Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).

Beberapa siri keputusan mengecewakan (Kejohanan Dunia di Glasgow, Sukan SEA Kuala Lumpur dan Piala Sudirman pada Mei) dipercayai memberi kesan kepada keputusan Frost untuk melepaskan jawatannya.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk untuk memisahkan gandingan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan pengenalan kepada sistem ganjaran baharu untuk pemain.

V Shem-Wee Kiong yang mempamer prestasi kurang memberangsangkan tahun ini akan diuji oleh pemenang pingat perak KL2017, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Terbuka Perancis dan Terbuka Bitburger, bulan depan. – BH Online

Tags: BAMMorten Frost Hansen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kan Dah Kena Denda RM4,000…..

Next Post

Banjir P.Pinang: ADUN Minta Bantuan Pusat

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Banjir P.Pinang: ADUN Minta Bantuan Pusat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd