• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Mahu Pemain Dilengkapi Aspek Sains Sukan

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu memastikan semua pemain negara dilengkapi dengan aspek sains sukan dalam usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi.

Justeru satu kerjasama dimeterai dengan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) bagi membolehkan kesemua pemain termasuk skuad pelapis dan remaja mendapat perkhidmatan sains sukan seperti yang diikuti oleh pemain elit di bawah Program Podium.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamed Norza Zakaria berkata di bawah perjanjian persefahaman (MoU) dengan UM itu, para pemain akan menggunakan trek dan kolam renang serta perkhidmatan sains sukan seperti yang ada di Institut Sukan Negara (ISN) termasuk ujian kecergasan VO2 Max.

“Saya mahu sains sukan diamalkan bukan sahaja untuk pemain elit dan sokongan tapi kena bermula daripada pemain remaja. Budaya prestasi tinggi akan bermula dari awal dan bukan terhad kepada pemain elit sahaja.

“Bila saya masuk sebagai pengerusi C&T (Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan), saya menekankan keperluan kecergasan untuk pemain kita. Kita telah meneliti contoh yang disediakan ISN,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU dengan Pusat Sukan UM yang diwakili Timbalan Naib Canselor UM, Prof Faisal Rafiq Mahamad Adikan.

Mohamed Norza berkata sebagai permulaan pemain badminton negara khusus yang bukan di bawah Program Podium akan menggunakan perkhidmatan Pusat Sukan UM selama enam bulan sebelum membuat keputusan untuk sama ada meneruskan pada jangka panjang atau sebaliknya.

Beliau berkata selain atlet, jurulatih juga akan diberikan kursus serta program bagi mendalami kepentingan sains sukan dalam meningkatkan fizikal dan mental para pemain.

“Kita tahu masih ada jurulatih yang mengekalkan cara tradisional tapi pada masa yang sama kita akan berikan pendedahan kepada mereka tentang kepentingan sains sukan pada zaman ini bagi melahirkan atlet berprestasi tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: BAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fathia Akhirnya Mengaku Dirinya Dalam Video

Next Post

Misi Sukar TRW Menentang JDT Esok – Zahasmi

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Misi Sukar TRW Menentang JDT Esok - Zahasmi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd