• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Calon UPSR Ditemukan Lemas Bersama Rakan

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang kanak-kanak yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu depan ditemukan lemas bersama rakannya di Sungai Seduan dekat Lorong Permai Jaya 1F/3, Taman Permai Jaya di sini hari ini.

James Tiong Kiong Hoe, 12, dan Pau Chiong Huat, 18, dilaporkan hilang akibat dibawa arus deras kira-kira 6.15 petang semalam semasa memancing di sungai itu.

Mayat murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thian Chin itu dijumpai anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah yang menggunakan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira 11.42 pagi tadi selepas mayat rakannya itu ditemukan pada 10.35 pagi.

Identiti kedua-dua mangsa disahkan oleh keluarga masing-masing di pos kawalan bomba di lokasi kejadian dan mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu.

Selain Pau, James turut memancing di lokasi berkenaan bersama kembarnya Raymond Tiong Ing Hoe, serta dua lagi rakan mereka iaitu Muh Sung Huan dan seorang kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Benedict, semuanya berusia antara 11 dan 12 tahun.

Mereka dikatakan tinggal berjiran dan dilihat bermain dan memancing di lokasi kejadian sejak Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh pihaknya ditamatkan sejurus penemuan kedua-dua mangsa dan kes disiasat sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd