• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Lebih 13,000 Idea, Cadangan Diterima

oleh Ahmad Albab
20/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sebanyak 13,837 idea dan cadangan telah diterima sepanjang kempen sumber khalayak Bajet 2018 yang dijalankan selama 15 hari, bermula 4 hingga 18 September lepas.

Perdana menteri berkata penelitian awal mendapati pekerjaan, kos sara hidup, pendidikan, pencukaian, perniagaan dan kewangan serta pengangkutan dan infrastruktur menjadi topik hangat sekali gus menunjukkan keutamaan rakyat hari ini.

“Saya gembira ramai telah mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan saya cabaran-cabaran yang dihadapi mereka, selain memberikan cadangan untuk dipertimbangkan dalam pembentukan #Bajet2018,” kata Najib menerusi catatan di laman blog rasmi beliau, hari ini.

Najib berkata semua cadangan yang diterima akan diteliti dan dipertimbangkan dengan serius oleh kerajaan.

“Ini adalah satu langkah yang tepat ke arah mendemokrasikan proses pembentukan bajet negara, satu dokumen yang bakal memberi impak besar kepada hala tuju negara,” katanya.

Menurut Najib, antara yang menarik perhatian beliau ialah cadangan agar Sungai Klang dibersihkan dan dibangunkan untuk menjadi sebuah pengangkutan jalan air utama yang menghubungkan bandar-bandar di sekitarnya yang dikemukakan oleh Mohd Saiful Ridzuan.

“Ramai juga yang telah memuji pelaksanaan MRT dan meminta agar kerajaan membangunkan sistem pengangkutan awam yang efisien di negeri-negeri yang berpopulasi tinggi bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.

“Saya faham ramai juga yang telah meminta pelepasan cukai bagi membantu menangani kos sara hidup golongan berpendapatan tengah, daripada peningkatan pelepasan cukai untuk aktiviti sukan kepada pelepasan cukai untuk penyelenggaraan kenderaan persendirian,” kata perdana menteri.

Beliau turut gembira membaca cadangan daripada penduduk desa yang mengutarakan hasrat untuk turut terlibat dalam ekonomi digital dan berharap agar peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui ekonomi digital tidak terhad kepada penduduk bandar sahaja.

“Oleh itu, saya yakin #Bajet2018 yang bakal dibentangkan akan terus membantu golongan yang memerlukan, dan pada masa yang sama inklusif serta holistik terhadap keperluan semua.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat!” kata Najib, yang akan membentangkan Bajet 2018 di Parlimen sebagai Menteri Kewangan. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018idea
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cari Idea Perkasa Ummah Di Nusantara

24/10/2018
0

KUCHING - Nadwah Ulama Nusantara perlu mencari idea dan gagasan terkini yang dapat disinergi bagi memperkasa ummah secara keseluruhannya, kata...

Kajian IYRES Bantu Pembangunan Institusi Tahfiz

20/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sedang mengenal pasti keberkesanan institusi pengajian tahfiz daripada pelbagai aspek menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd