Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Mick Diiktiraf Arnab Tertua...

BERWYN - Seekor arnab baka agouti diiktiraf arnab paling tua di dunia oleh...

PAC Sah Bakke Tak...

KUALA LUMPUR - Penipuan jentera siber pembangkang nampaknya semakin keterlaluan apabila berterusan memutar...

PAS Anggap DAP Alami...

KUALA LUMPUR - Parti DAP mengalami hududophobia yang merupakan sebahagian daripada Islamophobia, kata...

Polis Sarikei Gempur Penyalahgunaan...

SARIKEI - Polis daerah Sarikei menjalankan tindakan agresif dan menyeluruh bagi menggempur aktiviti...

Atlet Filipina Mahu Aksi Lebih Baik Di Sukan Para ASEAN

SEPANG – Kontinjen Filipina mahu memastikan mereka mendapat lebih banyak pingat emas dalam edisi kesembilan Sukan Para ASEAN 2017, berbanding atlet senegara yang bertanding dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lepas.

Kontinjen yang terdiri daripada 111 atlet yang menyertai sukan diwtahunan untuk atlet paralimpik serantau itu menyasarkan 27 pingat emas, lebih tiga pingat daripada yang dimenangi atlet senegara dalam Sukan SEA baru-baru ini .

Menurut Timbalan Ketua Kontinjennya, Dennis Esta, sandaran utama pingat bagi atlet paralimpk Filipina ialah olahraga dan catur dengan sasaran masing-masing tujuh emas, selain daripada powerlifting, boling tenpin dan ping pong.

“Di Singapura dua tahun lepas, kami mengakhiri kejohanan di tempat ketujuh dengan 16 emas, tetapi kali ini kami mahukan aksi yang lebih baik kerana kerajaan memberikan sokongan latihan sepanjang tempoh setahun.

Saya kira kami mampu mencapainya kerana kami mempunyai lebih banyak atlet dan menyertai lebih banyak jenis sukan, 12 daripada 16 yang dipertandingkan,” katanya semasa ketibaan kontinjen itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, di sini hari ini.

Pada Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura, Kontinjen Filipina yang terdiri daripada 64 atlet membawa pulang 16 emas, 17 perak dan 26 gangsa.


Sementara itu, pembawa bendera Minandro Ridor akan mempertahan empat emas dalam acara catur, standard perseorangan, rapid perseorangan, standard berpasukan dan rapid berpasukan untuk kategori mereka yang separuh buta.

“Dengan persiapan lebih baik kali ini selepas menyertai Terbuka Bangkok dan dua lagi pertandingan di Malaysia, saya berharap saya akan mempertahankan pingat saya,” katanya. – BERNAMA

Kategori