Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Adik Lelaki Tiru Gaya...

JIKA diikutkan trend, kaum perempuan yang lebih banyak memuat naik gambar di laman...

Pandangan Tun Musa Hitam...

Pandangan Tun Musa Hitam terhadap Kit Siang dalam wawancara Mingguan Malaysia 7 Mac...

Pengguna Nikmati Pengurangan Harga...

PUTRAJAYA - Pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah kini...

Isteri Mark Adam Ditendang...

PETALING JAYA: Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa sedih apabila isterinya Nor Azah Redzuan,...

Asyik Dikutuk Kurus, Gadis Ini Terus Bangkit

KURUS ke, gemuk ke, cantik atau tidak… Kalau betul seseorang tu mahukan kita untuk jadi pasangan hidup, semua benda tu mesti dia tak ambil pusing.

Tapi kalau sebab seseorang tu terlampau kurus atau gemuk, terus dah kena reject, apa cerita? Nak yang macam mana lagi?

Kadang-kadang cacian atau hinaan boleh buatkan seseorang tu hilang keyakinan diri dan lama-kelamaan akan mengalami tekanan dalam dirinya sendiri.

Itulah terjadi kepada seorang gadis yang bernama Nabila Zainudin yang sering ditinggalkan oleh kekasihnya sebabkan dia kurus! Pelik kan? Biasanya lelaki kan nak perempuan kurus tapi kurus pun kena tinggal juga.

Jadi, demi ‘membalas dendam’ kepada mereka yang sering menghinanya selama beberapa tahun, kini dia telah bangkit bagi membuktikan yang dia boleh bangkit.

Nabila dikatakan pernah dikutuk oleh bekas kekasihnya yang menyuruh dia membuka tudung kerana kononnya dia kelihatan hodoh jika bertudung. Dari situ dah nampak, lelaki yang baik takkan suruh kita buat perkara yang tak elok kan.

“Aku ingat lagi dulu, aku unhappy, selalu senyum tak nampak gigi sebab tiada keyakinan diri dan rasa diri sendiri tak elok.

“Pernah sekali bekas teman lelaki aku kata ‘I memang malu nak keluar dengan you sebab you hodoh, terutamanya bila you pakai tudung’,” katanya di posting akaun Facebook miliknya.

Lagi menyedihkan hatinya ialah apabila dia mula mengenali lelaki yang lain dan dia disuruh untuk menambahkan berat badannya hingga mencecah 45kg kerana ketika itu beratnya cuma 37kg sahaja.

Malah, lelaki itu juga tidak menyokong Nabila atau memujinya apabila dia mula bergaya. Apa yang keluar dari mulut lelaki itu ialah kutukan.

“Aku dulu tak pandai grooming, bila aku cuba nampak elok, dia akan kata peliklah, hodohlah, langsung tiada sebarang galakan dari dia untuk aku. Dia siap kata ‘Mak saya nak menantu pakai tudung’.

“Mungkin dia mahu membawa aku ke arah kebaikan tetapi bagi aku, kalau seseorang lelaki itu tidak boleh menerima kita seadanya, lelaki itu takkan pernah rasa cukup dengan kita,” tulisnya lagi.


Disebabkan segala kutukan dan hinaan yang diterimanya, ia telah membuatkan dia rasa rendah diri untuk menghadiri temuduga sebagai pramugari.

Namun sedikit demi sedikit dia telah berjaya untuk menaikkan berat badannya dan telah berjaya daripada hanya bergelar Guest Service, kini bergelar pramugari di atas awan.

Tujuannya hanya satu… Iaitu membuktikan kepada lelaki yang tak boleh menerima buruk baik kekasih hati mereka. Bukan kah pasangan yang baik itu perlu menyokong satu sama lain? Bukannya tinggalkan bila dalam kesusahan.

“Kesimpulannya, aku tulis status ini sebab aku tak nak perempuan yang pernah merasa seperti apa yang aku rasa dulu ini berasa dia lemah. Bangkit sikit, tinggalkan orang yang sentiasa bagi negative vibe dalam hidup kita.”

Sebab tu orang kata, sebelum nak mulakan hubungan yang serius, kenal dulu hati budi pasangan masing-masing. Pada awal perkenalan memang semuanya nampak manis sahaja. Bila dah lama-lama, manis tu pun hilang lah.

Cara yang terbaik untuk ‘membalas dendam’ ialah dengan membuktikan yang mereka salah! Tak semestinya kalau anda memiliki badan yang gemuk atau terlampau kurus, anda tak cantik. No!

Kadang-kala orang cuma pandang paras rupa dan dia lupakan yang kalau hanya punyai paras rupa yang cantik, tapi hati tak bersih pun nak buat apa kan?

Jadi, kepada para gadis di luar sana, jangan pernah rasa rendah diri jika seseorang katakan yang anda tidak cantik! Anda cuma perlu jadi diri sendiri.

Dan kalau seseorang suka kan kita, pasti dia boleh menerima kekurangan yang kita ada. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

Kategori