• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arvidsson Kekal Pendahulu Golf PGM Labuan

oleh AK-47
28/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Pemain Sweden, Oscar Arvidsson mencatatkan kelebihan tiga pukulan untuk mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu selepas melakukan dua bawah par 70 pada pusingan kedua Kejohanan Golf PGM Labuan 2017 di Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC), di sini hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu melakarkan lima birdie dan tiga bogey untuk mendahului senarai 77 pemain dengan mengumpul sembilan bawah par 135 selepas merekodkan catatan tujuh bawah par 65 pada pusingan pertama semalam.

Bagaimanapun, pemain Singapura, Choo Tze Tze Huang, melonjak ke tangga kedua selepas melakukan catatan terendah sepusingan dengan lima bawah 67, sekali gus mengumpul enam bawah par 138, dengan ketinggalan tiga pukulan di belakang Arvidsson.

Pemain berpengalaman negara, R. Nachimuthu turut menghuni kelompok teratas apabila mencatatkan satu bawah par 71, sekali gus mengumpul jumlah empat bawah par 140, lima pukulan di belakang pendahulu.

Beliau berkongsi kedudukan ketiga bersama-sama dengan pemain Amerika Syarikat, Blake Snyder yang mencatatkan tiga bawah par 69 selepas satu bawah par 71 semalam.

Seorang lagi pemain Malaysia, Sharifuddin Ariffin berkongsi kedudukan tangga kelima bersama-sama dengan pemain Afrika Selatan, Mathiam Keyser dengan jumlah catatan tiga bawah par 141.

Seramai 51 pemain telah melepasi kelayakan ‘cut’ iaitu 152 pukulan untuk meneruskan cabaran pada dua pusingan terakhir pada kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM200,000.

Pendahulu Pusingan Kedua:
135 – Oscar Arvidsson (SWED) 65-70
138 – Choo Tze Huang (SGP) 71-67
140 – R. Nachimuthu (MAS) 69-71; Blake Snyder (USA) 71-69
141 – Shariffuddin Ariffin (MAS) 73-68; Mathiam Keyser (RSA) 73-68
143 – Panuwat Muenleh (THA) 71-72; Pannakorn Uthaipas (THA) 71-72; Nitithorn Thippong (THA) 70-73
144 – Sukree Othman (MAS) 74-70; Jakraphan Premsirigorn (THA) 75-69; Sorachut Hansapiban (THA) 74-70; Kenneth De Silva (MAS) 71-73; Arie Irawan (MAS) 72-72; Liu Yan-wei (CHN) 71-73; Mohammad Wafiyuddin (MAS) 72-72; Koh Deng Shan (SGP) 73-71
145 – Paul Harris (USA) 73-72; Tan Chien Hau (MAS) 71-74
146 – Saifubari Muda (MAS) 74-72; Scott Barr (AUS) 74-72; James Bowen (USA) 70-76; Thepbodin Amaranan (THA) 76-70; Kenneth Tobuse (MAS) 76-70; Janne Kaske (FIN) 71-75
147 – M. Sasidaran (MAS) 69-78; James Bryne (SCO) 75-72; Nirun Sae-Ueng (THA) 75-72; Dinlaphatchai Niyomchon (THA) 72-75; Airil Rizman (MAS) 72-75
148 – S. Siva Chandhran (MAS) 73-75; Seungjae Maeng (USA) 75-73; Jindong Oh (KOR) 76-72; Zurie Harun (MAS) 73-75
149 – Nathhapong Niyomchon (THA) 71-78; Quincy Quek (SGP) 74-75; Amir Nazrin (MAS) 73-76
150 – S. Murthy (MAS) 77-73; Keegan Kam (MAS) 72-78; John Catlin (USA) 74-76. – BERNAMA

Tags: Oscar Arvidsson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd