• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan Komited Hapus Sepenuhnya Keganasan

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Pakistan akan terus komited dalam usaha memerangi keganasan di negara Asia Selatan itu selepas berjaya memulihkan keadaan keselamatan di Pakistan menerusi Operasi Zarb-e-Azb yang dilancarkan bermula tahun 2014 hingga 2016.

Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Komodor Udara Jawad Ahmed berkata, konsep bersepadu yang menyeluruh berjaya menggugat serta menumbangkan pengganas, pengikut, fasilitator, pembiaya serta penyokong dan kini disusuli pula dengan Operasi Rad ul Fasad.

“Penglibatan Tentera Pakistan meningkat daripada 36,000 pada 2001 kepada lebih 200,000 sekarang merupakan jumlah penglibatan tertinggi berbanding negara lain.

“Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Pakistan pula kini terlibat dalam operasi pembersihan saki baki pengganas dan tempat persembunyian mereka di seluruh negara,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada sambutan Hari Angkatan Tentera Pakistan ke-52 di sini hari ini.

Menurut laporan diterbitkan pada 2015, setahun selepas pelaksanaan operasi Zarb-e-Azb, jumlah serangan militan di Pakistan berjaya diturunkan ke paras paling rendah dalam tempoh enam tahun.

Zarb-e-Azb satu operasi kententeraan bersama untuk menghapuskan pelbagai kumpulan militan susulan serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah pada 2014 yang mengorbankan 36 orang termasuk 10 penyerang.

Jawad berkata, tempat perlindungan dan persembunyian pengganas di Pakistan telah dihapuskan sepenuhnya dan kini operasi beralih ke kawasan sempadan Pakistan-Afghanistan, sambil menambah ribuan pengganas kebanyakannya pengganas luar terbunuh atau melarikan diri melintasi sempadan.

Pakistan terkenal sebagai lubuk pengganas terutama pengganas dari luar seperti Daesh, Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP), Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU) dan Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM).

Penasihat Pertahanan itu berkata, kisah pengganas dan ideologi mereka berjaya ditumpaskan menerusi kedua-dua operasi berkenaan.

Justeru beliau menyatakan penghormatannya kepada rakan seperjuangan dan senegara di atas pengorbanan serta keberanian mereka dalam memerangi keganasan.

“Saya yakin tiada masyarakat dan Angkatan Tentera lain di dunia telah melakukan pengorbanan sama seperti apa yang kita lakukan di Pakistan dalam memerangi keganasan dan terus berjuang menentang ancaman itu,” katanya.

Hari Angkatan Tentera Pakistan disambut setiap 6 September bagi memperingati pengorbanan wira semasa perang 1965.

Beliau turut melahirkan penghargaan serta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia atas sokongan diberikan selain mengekalkan serta mempertahankan hubungan pertahanan erat antara kedua-dua negara.

Turut hadir pada majlis itu Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Syed Hassan Raza, Ketua Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Seri Affendi Buang, pegawai kanan pertahanan Malaysia serta duta besar dan pesuruhjaya tinggi di negara ini. – BERNAMA

Tags: Angkatan Tentera Pakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janji Menggunung Imran Khan Sukar Ditunaikan

19/08/2018
0

IMRAN KHAN yang sudah dilantik sebagai perdana menteri Pakistan yang baharu, membawa satu harapan besar untuk perubahan di negara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd