• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkara Fitnah, Perkahwinan Wanita Ini Dibatalkan

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini seorang ibu tunggal telah menjadi mangsa buli siber apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan cerita buruk mengenainya di laman sosial.

Akibat perbuatan khianat dan irihati itu, perkahwinan wanita berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini dibatalkan pihak lelaki.

Cara yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu ialah dengan mengambil gambar wanita berkenaan bersama dua anaknya dan memuat naik tulisan yang memalukan dirinya.

Pihak terbabit kemudian menyebarkan gambar itu ke pelbagai media sosial sehingga viral.

“Mencari pasangan hidup yang betul-betul ikhlas dan boleh terima anak-anak….call #$@!*** ,” tulis pihak yang berniat jahat itu.

(Kami telah memadamkan nombor yang dimaksudkan dalam kenyataan di atas.)

Menurut wanita malang itu yang menggunakan nama Adda kepada Mynewshub, nombor telefon yang tertera di caption itu bukan nombornya, sebaliknya milik seorang lelaki.

Kesan daripada perbuatan itu kata Adda, orang mula mengata lelaki yang bakal dikahwininya itu sebenarnya seorang ‘pak sanggup’.

Akibat malu, keluarga lelaki itu berkeras untuk membatalkan perkahwinan berkenaan, katanya.

Apabila ditanya adakah dia mengesyaki siapa yang mungkin menularkan gambar tersebut dengan caption yang tidak sepatutnya, Adda berkata;

“Saya tidak tahu, tetapi selepas kami umumkan akan berkahwin pada keesokan harinya, saya dapat banyak info daripada kawan-kawan bahawa gambar saya telah tular dengan caption yang mengaibkan,” katanya kepada Mynewshub di sini, hari ini.

Menyedari perbuatan jahat berkenaan, wanita itu tampil membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Walaupun terluka, Adda masih tabah dan berharap keadaan akan pulih demi anak-anaknya.

“Saya redha, mungkin dia bukan jodoh saya tetapi saya harap nama baik saya dapat dipulihkan, kasihan kerana anak-anak saya turut jadi mangsa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes Penipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

09/08/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian melebihi RM220 juta dicatatkan di Negeri Sembilan...

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

08/08/2022
0

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga 31 Julai lalu mencecah RM31.4 juta,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd