• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Maut Motosikal Dirempuh Kereta

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Idaman, Selayang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata mangsa, Lans Koperal Freddie Delvis Anak Digat, 27, bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Selayang.

“Ketika kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang baru sahaja selesai syif bertugas sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersendirian.

“Mangsa dikatakan membelok ke arah kanan, kemudian datang sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah hadapan merempuh mangsa.

“Mangsa mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu Myvi, wanita berusia 43 tahun turut mengalami kecederaan,” katanya melalui satu kenyataan.

Ali berkata, mayat mendiang akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kota Samarahan, Sarawak untuk dikebumikan.

“Kes ini kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BH ONLINE

Tags: anggota poliskemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd