Sunday, March 3, 2024

Creating liberating content

Baby Shima Dan Aliff...

KUALA LUMPUR - Perang dingin antara penyanyi, Baby Shima dan selebriti kosmetik, Datuk...

11 Lelaki Memandu Secara...

SEREMBAN - Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini mendenda sebelas lelaki sebanyak...

Kehadiran Murid Orang Asli...

KOTA BAHARU - Kehadiran lebih ramai murid Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan (SK)...

Arul Kanda Temui PAC...

KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul...

Ambil Tindakan Ibu Bapa Biar Anak Terlibat Jenayah

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka di bawah umur terbabit jenayah.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata kebanyakan pesalah bawah umur melakukan jenayah adalah kerana pengabaian dan bimbingan daripada ibu bapa, pengaruh negatif rakan sebaya dan Internet serta pengaruh gengsterisme.

“Remaja belasan tahun seperti suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) sepatutnya berada di hostel sekolah atau rumah pada waktu dinihari dan bukannya berkumpul di luar dan terlibat dalam gejala negatif,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam polis mengesahkan kebakaran DQI di Jalan Keramat Ujung di sini pada Khamis lepas yang mengorbankan 23 nyawa itu adalah kerana perbuatan khianat. Tujuh remaja berusia di antara 11 hingga 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Lam Thye berkata ibu bapa terbabit boleh dikenakan tindakan bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 atau Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori