• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alahai… Pulau Pinang Sekali Lagi Dilanda Banjir

oleh
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Belum pun genap seminggu, Pulau Pinang dilanda lagi banjir kilat sekali gus cetus tanda tanya janji kerajaan DAP negeri konon mampu selesai isu itu dalam sepenggal pemerintahan.

Kali ini curahan air daripada hujan lebat sejak awal pagi pada Khamis menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar bandar raya ibu negeri Pulau Mutiara itu teruk dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 0.3 meter.

Menurut laporan media tempatan, antara tempat yang dilaporkan terjejas akibat bencana tersebut ialah di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Pinang, Batu Feringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan lagi di Seberang Perai.

Difahamkan, lebih 20 penduduk di kawasan Teluk Kumbar sudah berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar selepas kediaman mereka habis dinaiki air banjir.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dalam pada itu berkata, hujan lebat disusuli angin kencang turut mengakibatkan pokok tumbang di Paya Terubong dan tanah runtuh di Batu Ferringhi, awal pagi tadi.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang pula menunjukkan kedudukan air di Sungai Pinang yang merentasi Daerah Timur Laut ketika ini melepasi ketinggian dua meter iaitu paras amaran.

Keadaan hujan yang masih renyai serta banjir kilat turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas apabila banyak kenderaan terkandas. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Tags: BanjirPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd