• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Tangkap Ikan Haram Perlu Dilapor – Exco

oleh Ahmad Albab
13/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Orang ramai perlu melapor aktiviti menangkap ikan terutama di sungai melalui kaedah yang dilarang, kata Pengarah Perikanan Negeri, Zamani Omar.

Beliau berkata ini kerana kaedah seperti meracun, menggunakan bom, renjatan elektrik ataupun membuang sisa toksik boleh membawa pelbagai kesan negatif seperti pencemaran sungai.

“Sememangnya memang sukar untuk kita memantau kegiatan ini secara keseluruhannya. Justeru itu kita amat memerlukan kerjasama orang ramai terutamanya penduduk setempat bagi membantu pihak kami membanteras masalah ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan ikan dan penyerahan bantuan kepada nelayan darat bagi kawasan Parlimen Tenggara di Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati menjalankan kegiatan secara haram itu.

Pada majlis itu 30,000 benih ikan baung dan 20,000 benih udang galah, 5,000 ikan jelawat, 3,500 ikan lampam dan 150 ikan kekutu yang kesemuanya bernilai RM16,000 dilepaskan di Sungai Johor. – BERNAMA

Tags: IkanNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd