• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFC Sekali Lagi Tunda Aksi Korea Utara-Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN keputusan kerajaan melarang rakyat negara ini memasuki Korea Utara, perlawanan kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia akan ditangguhkan.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam sebuah kenyataan berkata arahan penundaan perlawan itu dilakukan berikutan larangan perjalanan baharu yang dikeluarkan Wisma Putra, hari ini.

“AFC hari ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa Kementerian Luar Malaysia telah mengeluarkan larangan perjalanan terhadap rakyat Malaysia ke Korea Utara.

“Berikutan maklumat itu, AFC telah menangguhkan perlawanan antara Korea Utara dan Malaysia, yang dijadualkan di Pyongyang pada 5 Oktober ini.

“AFC akan merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkaitan bagi menentukan status terbaharu perlawanan berkenaan,” jelas kenyataan tersebut.

Kementerian Luar pada awal hari ini mengumumkan larangan perjalanan itu, berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea, termasuk berhubung ujian peluru berpandu balistik oleh Pyongyang, yang menarik perhatian dunia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

Penanggguhan ini merupakan kali yang ketiga dibuat berikutan jadual asal perlawanan pada 28 Mac ditunda kepada 8 Jun oleh AFC.

Penangguhan tersebut berpunca daripada hubungan diplomatik Malaysia yang semakin tegang selepas insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Berikutan ketegangan yang berlanjutan itu, aksi tersebut sekali lagi ditunda ke 5 Oktober, iaitu lima hari sebelum skuad negara akan berdepan Hong Kong pada 10 Oktober.

Mei lalu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul berkata skuad Harimau Malaya masih boleh beraksi di gelanggang berkecuali jika kerajaan Malaysia mengeluarkan sekatan perjalanan ke Korea Utara selepas ini.

Sebagai rekod, Malaysia membuka kempen kelayakan terakhir itu dengan kekalahan 1-2 kepada Lubnan pada 13 Jun di Stadium Larkin sebelum terikat 1-1 menentang Hong Kong pada 5 September di Stadium Hang Jebat, kini menduduki tempat terakhir antara empat pasukan di Kumpulan B dengan satu mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AFCFAMKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd