Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Hujan Berterusan: Jawatankuasa Pengurusan...

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan,...

Pemuda Lemas Mandi Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda ditemukan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya...

Komen Balas Kenyataan TS...

SAYA sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan...

Khairy Letak Jawatan Komander...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin meletak jawatan sebagai Komander Regimen...

Adam Corrie, Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor

SALAM Maal Hijrah 1439 kepada seluruh umat Islam dan semoga kehadiran tahun baharu ini memberikan satu azam baharu di samping penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah apabila diumumkan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor di Shah Alam.

Adam yang berasal dari Pulau Pinang dan sudah memeluk Islam sejak 2007 turut berkongsi berita baik tersebut menerusi satu gambar dalam akaun Instagram miliknya, semalam.

Menerusi gambar berkenaan, aktor yang sudah berkahwin dengan Fazima Fuad serta terkenal menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster itu melahirkan rasa syukur atas anugerah diterima.

“Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat Negeri Selangor. Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya.

La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) Alhamdulillah. Salam Maal Hijrah 1439h buat semua. #adamcorrie #maalhijrah,”  kapsyen menerusi gambar berkenaan.

Gambar yang menerima lebih daripada 10,000 tanda likes dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Semua maklum Adam gigih menjadi aktivis dakwah dalam pelbagai badan sukarela.


Rata-rata antara mereka berbangga apabila melihat pencapaian diterima oleh Adam, 48, yang berasal dari keluarga tentera dan berketurunan Cina sebelum diberi hidayah mengucap dua kalimah syahadah.

Tahniah yang tidak terhingga sekali lagi diucapkan buat Adam atas pengiktirafan tersebut.

Bersamalah kita berdoa dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini, ukhuwah serta kekuatan umat Islam akan lebih kukuh dan dapat diperkasakan pada tahun akan datang. Insya Allah! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori