• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adam Corrie, Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor

oleh
24/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALAM Maal Hijrah 1439 kepada seluruh umat Islam dan semoga kehadiran tahun baharu ini memberikan satu azam baharu di samping penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah apabila diumumkan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor di Shah Alam.

Adam yang berasal dari Pulau Pinang dan sudah memeluk Islam sejak 2007 turut berkongsi berita baik tersebut menerusi satu gambar dalam akaun Instagram miliknya, semalam.

Menerusi gambar berkenaan, aktor yang sudah berkahwin dengan Fazima Fuad serta terkenal menerusi watak Dragon dalam filem KL Gangster itu melahirkan rasa syukur atas anugerah diterima.

Alhamdulillah , saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat Negeri Selangor . . Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya. La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) Alhamdulillah . Salam Maal Hijrah 1439h buat semua. #adamcorrie #maalhijrah

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on Sep 21, 2017 at 6:26am PDT

“Alhamdulillah, saya telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah – Saudara Kita peringkat Negeri Selangor. Semoga dengan anugerah ini memberi saya semangat untuk terus menyambung dakwah Rasulullah SAW hingga akhir hayat saya.

“La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) Alhamdulillah. Salam Maal Hijrah 1439h buat semua. #adamcorrie #maalhijrah,”  kapsyen menerusi gambar berkenaan.

Gambar yang menerima lebih daripada 10,000 tanda likes dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Semua maklum Adam gigih menjadi aktivis dakwah dalam pelbagai badan sukarela.

Rata-rata antara mereka berbangga apabila melihat pencapaian diterima oleh Adam, 48, yang berasal dari keluarga tentera dan berketurunan Cina sebelum diberi hidayah mengucap dua kalimah syahadah.

Tahniah yang tidak terhingga sekali lagi diucapkan buat Adam atas pengiktirafan tersebut.

Bersamalah kita berdoa dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini, ukhuwah serta kekuatan umat Islam akan lebih kukuh dan dapat diperkasakan pada tahun akan datang. Insya Allah! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: adam corrie
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UNESCO Gesa Kelantan Tarik Balik Haram Mak Yong

Next Post

Maal Hijrah: Artis Masalah Elok Renung Kebodohan Diri

Related Posts

“Jangan Halau Mereka Berdakwah” – Adam Corrie

21/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Corrie mengingatkan semua pihak agar membantu mereka yang ingin menyampaikan dakwah dengan tidak memberikan sebarang...

Adam Corrie Tolak Tawaran Lakonan, Fokus Ibadat Puasa

17/05/2018
0

PELAKON terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee sanggup lepas tawaran berlakon buat seketika bagi hormati bulan Ramadan yang mulia...

Next Post

Maal Hijrah: Artis Masalah Elok Renung Kebodohan Diri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd