• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Atau Parti Gay Tak Dibenarkan Di Malaysia

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang acara atau parti gay yang dilaporkan dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata walaupun sehingga ini penganjur acara itu belum membuat permohonan permit bagi membolehkan acara itu berlangsung, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskannya.

“Jika diteruskan juga maka acara itu dianggap sebagai perhimpunan haram,” katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Filipina Selasa lepas bagi menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-11 dan Mesyuarat Berkaitan yang berakhir hari ini.

Dua hari lepas, laporan sebuah laman portal mengatakan satu acara gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini, yang bakal mempromosikan acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu “White Party Bangkok” di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember depan.

Ahmad Zahid berkata beliau telah mendapat laporan daripada Bukit Aman berhubung penganjuran acara itu dan meminta polis untuk bertindak sewajarnya.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk bertindak tegas dengan tidak mengeluarkan visa atau kebenaran memasuki negara ini terhadap rakyat asing yang ingin menghadiri acara yang memalukan negara itu.

“Kita sedang meneliti nama–nama individu yang berkenaan dan akan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’ (tidak dibenarkan masuk di pintu masuk negara),” katanya.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin berhubung laporan polis dan kebimbangan badan bukan kerajaan dan badan politik berhubung penganjuran acara itu.

“Apa yang dirancang mereka ini adalah sesuatu yang di luar perlakuan manusia normal.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah mengarahkan PDRM dan Jabatan Imigresen supaya memantau dengan terperinci agar White Party ini tidak dilakukan di negara kita dan di mana-mana tempat sekali pun, sama ada secara terbuka atau tertutup.

“Ini adalah komitmen saya yang ingin saya nyatakan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Parti Gay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bini ‘Out Station’, Laki Anjur Pesta Seks Gay

02/10/2018
0

JAKARTA - INDONESIA. Seorang lelaki dicekup Polis Metro Jakarta kerana menganjurkan pesta seks gay dan dadah di rumahnya di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd