• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 PPR Di Sandakan Beri Manfaat 5,180 Keluarga

oleh Ahmad Albab
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Kerajaan telah membina lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini yang memberi manfaat kepada 5,180 keluarga untuk tinggal di rumah selesa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor.

Beliau berkata PPR berkenaan adalah Batu Sapi menempatkan 180 keluarga, Harmoni di Batu 2, Mesra di Batu 4, Sungai Manila Batu 12 (masing-masing 1,000 keluarga), Lintas Sibuga Batu 7, Gum-Gum Jaya Batu 16, Murni di Batu 7, Muhibbah di Batu 12 (masing-masing 500 keluarga).

“Namun jumlah itu masih tidak mencukupi dan kerajaan negeri masih memohon kepada kerajaan pusat untuk menambah jumlah PPR di daerah ini berdasarkan perancangan dan permintaan 5,000 keluarga,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Terminal Bas Luar Bandar Sandakan di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang diiringi Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Hamsan Awang Supain melawat PPR Harmoni di Batu 2.

Menurutnya sebuah lagi PPR masih dalam pembinaan di Kampung Batu Putih yang mempunyai 900 unit rumah.

Hajiji berkata pembinaan PPR dilihat satu pendekatan yang berkesan menangani masalah rumah setinggan di kawasan berhampiran Bandar Sandakan.

Sebagai contoh, katanya, pembinaan PPR Harmoni mempunyai 1,000 unit rumah dikhaskan kepada penduduk yang terlibat dalam perobohan rumah setinggan di Kampung Muhibbah, Cahaya Baru dan Mangkalinau.

Dalam pada itu, Hajiji berkata pembinaan Terminal Bas Luar Bandar Sandakan di Batu 2 dengan kos RM25 juta membabitkan peruntukan kerajaan pusat berjumlah RM17 juta dan RM8 juta lagi daripada kerajaan negeri Sabah.

Katanya terminal bas itu dibina oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat yang menaiki pengangkutan awam dan dijangka siap pada November ini.

Menurutnya apabila siap nanti, terminal itu bukan sahaja membolehkan pengangkutan awam dilaksanakan secara bersepadu di daerah ini, malah dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Bandar Sandakan. – BERNAMA

Tags: PPRSandakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fesyen Baju Alyah Macam Hantu Valak?

Next Post

Fasih Cakap Mandarin, Akak JPJ Ini Ke Putrajaya

Related Posts

Air Pasang: Enam Beranak Di Sandakan Bermalam Dalam Kereta

Air Pasang: Enam Beranak Di Sandakan Bermalam Dalam Kereta

26/12/2022
1

Bimbang laluan ke rumahnya terjejas akibat fenomena air pasang di sebuah perkampungan atas air di Sandakan, sebuah keluarga enam beranak...

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

Next Post

Fasih Cakap Mandarin, Akak JPJ Ini Ke Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd