• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kira-kira 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 60 rumah di blok 6, 7 dan 8 Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Shaharuddin Dalamin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.55 pagi dan tiba di lokasi lima minit kemudian dengan tiga jentera bersama 31 anggota.

“Ketika sampai api sedang marak serta banyak rumah musnah dan kebakaran yang dapat dikawal pada 2.28 pagi menggunakan sumber air sungai dan laut,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya seorang warga emas Sabon Ola, 82, dikejarkan ke hospital selepas pengsan dan disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas kerana penyakit.

Shaharuddin berkata Bomba Tawau turut menerima bantuan daripada pihak polis, Bomba Kunak, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela, Jabatan Kesihatan serta Angkatan Pertahanan Awam dalam usaha memadam kebakaran. – BERNAMA

Tags: kebakaranSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd