• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Trilion Meter Padu Sumber Air Bawah Tanah

oleh Ahmad Albab
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Mineral dan Geosains sedang mengenal pasti sumber air bawah tanah di seluruh negara bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sistem bekalan air sedia ada.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata dianggarkan terdapat sebanyak lima trilion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini.

“Kajian masih dilakukan oleh pakar melibatkan beberapa perkara termasuk kadar pengeluaran air berkenaan kerana dikhuatiri jika berlebihan ia boleh membawa kepada beberapa permasalahan iaitu pemendapan tanah serta pencemaran air.

“Projek perintis telaga eksplorasi ini dibuat di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) bagi mengenal pasti potensi air bawah tanah di kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Simposium Mineral (SIMPOMIN) Ke-8 dan Persidangan Jabatan Mineral dan Geosains, di sini malam tadi.

Acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 2002 itu buat kali pertama turut dihadiri lapan wakil dari negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand, Kemboja dan Laos.

Penglibatan wakil ASEAN tersebut adalah antara aktiviti yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Kerjasama Mineral ASEAN (AMCAP) III (2016-2020).

Menjelas lanjut, Hamim berkata hasil ujian telaga di SABDA menunjukkan kuantiti luahan dan kualiti air yang terhasi adalah baik.

“Kedalaman telaga ujian ini adalah 135 meter, keupayaan luahan telaga lebih kurang 4.5 juta liter sehari, manakala ukuran keseluruhan larutan pepejal (TDS) di makmal menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai sumber air mentah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Air Mineral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

03/07/2017
0

MODEL botol air mineral di stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, kesal dengan tindakan segelintir kumpulan lelaki yang 'mencabul' gambar posternya dengan...

Kecoh Botol Air Mineral Disangka Minuman Keras

29/11/2016
0

JAKARTA - Kebencian umat Islam Indonesia terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama kerana hina al-Quran baru-baru ini sudah merebak kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd