Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Kebiadapan PAS Minta Menteri...

KUALA LUMPUR - PAS mengeluarkan kenyataan biadap apabila menyuruh Menteri Perdagangan Dalam Negeri,...

Gambar: Nenek Maut Disembelih...

SADIS.. seorang nenek akhirnya menemui ajal di tangan cucu sendiri selepas meninggal dunia akibat...

Tiada Kompromi Isu Sensitif...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama dalam hal...

Anggota Dewan Rakyat Diberi...

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memberi...

229 Pesara KKMM Dirai Dalam Majlis Jasamu Dikenang

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Mohid Mohamed hari ini mengetuai 229 pesara kementerian diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang 2017 di sini, malam ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna KKMM itu diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Majlis Jasamu Dikenang adalah acara tahunan yang diadakan sebagai penghargaan kerajaan terhadap khidmat bakti yang dicurahkan pesara kementerian itu sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapan ringkasnya sebagai wakil pesara, Mohid menasihatkan warga kementerian agar mencari titik keseimbangan dalam kehidupan.

Beliau berkata tanggungjawab terhadap kerja adalah penting tetapi dalam masa sama tanggungjawab ke atas diri sendiri juga sama penting kerana elemen itu saling berkait.

Menurut Mohid, tugas dan amanah sebagai pekerja tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya jatuh sakit atau mempunyai masalah peribadi dan keluraga.


“Seimbangkanlah komitmen di antara kerja, diri sendiri dan keluarga agar tidak terabai satu daripadanya, seterusnya membentuk penjawat awam yang gembira dan berproduktiviti,” katanya yang bersara wajib bermula 19 Sept lepas.

Pada majlis itu, sembilan pesara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut diraikan diketuai oleh bekas Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Mikhail Raj Abdullah.

Kesemua pesara menerima sijil dan cenderamata yang disampaikan Dr Sharifah Zarah. – BERNAMA

Kategori