• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Jadi ‘Bapa Angkat’ Pantau Pusat Tahfiz

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melantik pegawai kanan sebagai ‘bapa angkat’ kepada pusat tahfiz dalam kawasan pentadbiran masing-masing bagi memantau perkembangan premis mereka secara berkala.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata inisiatif itu diambil bagi mengelak tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 14 September lepas yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru daripada berulang.

Katanya pihak tersebut perlu membuat satu laporan terperinci bagi setiap pusat tahfiz dalam kawasan mereka bagi memastikan bahawa pihak pengurusan sekolah mematuhi pelan pembangunan terutama melibatkan aspek keselamatan.

“Selain itu, kita juga akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja peringkat daerah yang membabitkan Jabatan Kesihatan dan Pekerjaan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri di bawah kendalian PBT bagi melaksanakan pemeriksaan keselamatan di semua sekolah tahfiz.

“Mereka ini berperanan untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh dan secara tidak langsung dapat mengambil tindakan awal (sekiranya berlaku kemalangan) dan (jika kita dapati) bangunan itu tidak boleh diperbaiki maka kita akan mengarahkan supaya ditutup dan tidak digunakan lagi,” katanya.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini hari ini. Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin.

Mengulas lanjut, beliau turut menyarankan agar penghuni sekolah tahfiz diberi pendedahan mengenai langkah keselamatan termasuk kaedah menggunakan pemadam api.

“Mereka perlu diajar dan dilatih dengan mengadakan latihan kebakaran, cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebagai langkah berjaga-berjaga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Harontahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd