Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

13 Pati Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU - Polis menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam 'Op...

Cubaan Seludup 1,100 Karton...

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,100...

PRU14: PKR Sedia Beri...

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan kerusi yang ditandinginya sebelum ini...

PRU15 Pelaksanaan Mengundi Umur...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik,...

30 Kotak Durian Musang King Rai Warga Malaysia Di AS

WASHINGTON DC – Ketika pembangkang Malaysia sibuk buat fitnah konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal ditangkap pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), lain cerita berlaku!

Rakyat Malaysia di negara itu bukan sahaja gembira dengan lawatan beliau, malah ceria dijamu durian Musang King sebagai antara sajian pencuci mulut dalam majlis makan malam rakyat Malaysia bersama-sama Najib.

Ia dihidangkan selepas selesai majlis makan dan acara penyampaian hadiah peraduan cipta logo sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-AS diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di sini semalam.

Program istimewa tersebut dihoskan sendiri oleh Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique dan isteri, Puan Sri Siti Nooriah Anna Razak, menurut laporan media tempatan yang membuat liputan lawatan itu.

Sejurus disajikan, jemputan terdiri daripada ramai pelajar universiti dan warga Malaysia bekerja di sekitar AS serta rakyat kuasa besar dunia tersebut ‘menyerbu’ puluhan biji durian yang dihantar khas dari Malaysia itu.

Menurut Zulhasnan, hidangan istimewa itu memang disediakan khusus untuk membolehkan rakyat Malaysia dapat menikmati raja buah tersebut sekali gus mengubat perasaan kerinduan mereka terhadap tanah air sendiri.


Sebanyak 30 kotak durian segar dibawa khas hasil tajaan daripada beberapa pihak, termasuk Persatuan Malaysia-AS di New York, selain oleh Raymond Yong dan Danny Lye yang menaja durian sejuk beku serta kuih bulan.

Sementara itu bersempena perayaan Bulan Kemerdekaan, lagu patriotik ‘Aku Negaraku‘ turut berkumandang dinyanyikan beramai-ramai oleh hadirin bersama-sama dengan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain lagu kebangsaan Negaraku ketika acara bermula, lagu tersebut turut dinyanyikan sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu dan juga Hari Malaysia menjelang 16 September depan.

Rakyat Malaysia juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra termasuk merakam foto kenang-kenangan dan swafoto bersama-sama dengan Perdana Menteri dan isterinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori