• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Tapak Pembinaan Di Seremban Penyumbang Aedes

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tiga tapak pembinaan di sini yang diperiksa oleh anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu semalam didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Zainudin Mohd Ali berkata ketiga-tiga pemilik tapak pembinaan itu akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 23, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Manakala tiga lagi tapak pembinaan yang tiada pembiakan tetapi berpotensi, telah diberi notis pembersihan di bawah Seksyen 8. Sebanyak 16 tapak pembinaan telah diperiksa disekitar Seremban, Mantin, Nilai, Sendayan dan Senawang,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya seramai 45 anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan negeri telah terlibat dalam operasi tersebut.

Sementara itu, katanya sehingga Sabtu lepas, Negeri Sembilan telah mencatatkan 2,588 kes denggi, berbanding 1,992 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 29.9 peratus.

Katanya sebanyak 13 lokaliti wabak didapati masih aktif di negeri ini. – BERNAMA

Tags: AedesDr Zainudin Mohd Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda UMNO Desak Sidang Khas Tergempar PBB

Next Post

Agong Berangkat Ke Solat Hajat, Majlis Bacaan Yasin

Related Posts

Premis ‘Ternak’ Aedes, Kompaun Dikeluarkan Cecah RM500,000

Premis ‘Ternak’ Aedes, Kompaun Dikeluarkan Cecah RM500,000

18/07/2024
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mendedahkan 1,000 kompaun dengan nilai RM500,000 dikeluarkan kepada pemilik premis yang 'menternak' aedes di kawasan...

KKM Kesan 121 Premis Pembiakan Aedes

05/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 121 premis iaitu 19.8 peratus daripada 610 premis barang lusuh yang diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

Next Post

Agong Berangkat Ke Solat Hajat, Majlis Bacaan Yasin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd