• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pusat Pemindahan Masih Beroperasi Di P.Pinang

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Tiga pusat pemindahan banjir masih beroperasi di Pulau Pinang yang menempatkan 68 mangsa dari dua daerah setakat tengah hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata tiga pusat itu adalah daripada tujuh yang dibuka semalam.

“Di daerah Seberang Perai Tengah sebanyak dua buah pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kota Permatang Pasir serta dewan banjir Kampung Guar Jering masih dibuka dan masing-masing menempatkan 31 dan 25 mangsa.

“Mereka belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana banjir di kawasan kediaman mereka masih belum pulih sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya sebuah lagi pusat pemindahan banjir yang masih beroperasi iaitu di Lubuk Meriam, Seberang Perai Utara,  menempatkan 12 orang termasuk dua warga emas.

Jurucakap itu berkata banjir di kawasan Lubuk Meriam semakin pulih dan kemungkinan semua mangsa banjir terbabit dibenarkan pulang petang ini.

Tinjauan Bernama di Sungai Bakap mendapati mangsa banjir yang sebelum ini ditempatkan di Dewan Serbaguna Jawi telah pulang ke rumah masing-masing selepas air surut dan sedang bertungkus-lumus membersihkan kediaman.

Seorang mangsa banjir, R. Muthu, 51 meluahkan rasa kesal dan sedih kerana “letih membersihkan rumah selepas banjir kilat minggu lepas belum habis, hari ini terpaksa bertungkus-lumus lagi.”

Katanya banjir kali ini lebih teruk dan turut merosakkan barangan elektrik serta perabotnya.

“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa. Nampaknya kami terpaksa menanggung rugi besar kali ini.

“Cuma saya harap kerajaan negeri dan pihak berkaitan dapat buat sesuatu bagi atasi masalah banjir di kawasan kami kerana setiap kali hujan rumah penduduk di sini akan dinaiki air,” kata bapa empat anak itu. – BERNAMA

Tags: banjir kilatpusat pemindahan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raptai Perarakan Panji-Panji Berjalan Lancar

Next Post

Reman Suspek Rasuah Pembalakan Haram Dilanjut

Related Posts

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

Banjir Kilat Seperti ‘Kepala Air’, Penduduk Berpaut Tiang 20 Minit Elak Hanyut

23/03/2025
0

KOTA TINGGI: Hujan lebat melanda tengah malam tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Felda Air Tawar 1, dengan keadaan disifatkan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post

Reman Suspek Rasuah Pembalakan Haram Dilanjut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd