• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pusat Internet 1Malaysia Wujud Di Hulu Terengganu

oleh Ahmad Albab
16/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Tiga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) baharu akan ditambah di Parlimen Hulu Terengganu lewat tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata PI1M baharu tersebut akan ditempatkan di Kampung Bukit Gemuroh, Kampung Nibong dan Kampung Teluk Menara.

“Buat masa sekarang di Terengganu sahaja kita sudah mempunyai 64 PI1M dan di seluruh Malaysia hampir 600… seperti kes di Kampung Bukit Gemuroh ini yang terletak di mukim Tersat… masih belum ada perkhidmatan PI1M disediakan.

“Saya sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan program-program sedemikian bersetuju, setelah saya memantau kawasan ini dengan jumlah penduduk hampir 1,000 orang, saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) segera menyediakan ataupun mengenal pasti mana-mana bangunan yang sesuai untuk dijadikan PI1M terutamanya di kawasan ini,” katanya kepada pemberita pada program Jelajah Hulu Terengganu yang berakhir malam tadi.

Tambah beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata walaupun berada di luar bandar jurang digital antara bandar dan luar bandar tidak patut dipisahkan.

“Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dan amat menekankan keperluan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya pada masyarakat kita yang berada di luar bandar.

“Ia mengambil kos lebih kurang RM1 juta untuk penyediaan satu PI1M ini…jika tiga pula, RM3 juta dan kami juga sedang mengenal pasti beberapa lagi tempat sesuai untuk dibangunkan perkhidmatan PI1M di Terengganu khususnya,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: internetTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd