• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pusat Tahfiz Di Labuan Tidak Patuhi Aspek Keselamatan

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Dua pusat tahfiz di pulau bebas cukai di sini tidak mematuhi sepenuhnya standard keperluan keselamatan, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin.

Beliau berkata beberapa pemeriksaan telah dijalankan di dua pusat berkenaan dan mendapati terdapat susunan pendawaian yang tidak dilakukan dengan betul.

“Pihak berkuasa sekolah perlu meningkatkan aspek keselamatan di bangunan dan pihak kami bersedia membantu dan mendidik mereka mengenai keselamatan kebakaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan Sabarudin Hassan berkata pengurusan dua sekolah agama berkenaan – Madrasah Tahfiz Al Quran Sri Merinding (Maahad Tahfiz Merinding) dan Madrasah Tahfiz Al Quran Al Badr – telah diberi peringatan supaya mematuhi standard keperluan keselamatan.

Beliau berkata dua pusat tahfiz itu yang telah beroperasi agak lama tidak didaftarkan dengan JAWI berikutan tidak memenuhi beberapa keperluan keselamatan.

“Kami telah mengeluarkan surat kepada pengurusan sekolah itu supaya pusat tahfiz berkenaan diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan pada masa ini kami memantau menerusi mesyuarat dan perbincangan berterusan,” katanya.

Sabarudin berkata disebabkan tidak memenuhi keperluan keselamatan, dua pusat tahfiz itu kini beroperasi secara sementara di bawah pendaftaran sementara yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Katanya satu lagi pusat tahfiz, Al Ummi yang musnah dalam kebakaran pada 21 Okt 2015, masih beroperasi (tanpa asrama) dan masih belum berdaftar dengan JAWI.

Pada 14 Sept lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mahu campur tangan dalam pengurusan sekolah tahfiz tetapi menegaskan kerajaan prihatin terhadap kelemahan pengurusan tahfiz dan sekolah agama di negara ini.

Sejak 2011, Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan 31 sekolah tahfiz dan agama terlibat dalam insiden itu.

Pada Khamis lepas, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara terbakar sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. – BERNAMA

Tags: BombaSekolah Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd