• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pengedar Dadah Cuba Rasuah Polis Ketika Ditahan

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Dua lelaki yang disyaki pengedar dadah diberkas polis apabila cuba memberi rasuah kepada penguat kuasa undang-undang terbabit ketika ditahan untuk tujuan pemeriksaan di depan sebuah motel di Jalan Kelasah, Seberang Jaya, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Seberang Jaya menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dinaiki dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan pukul 12.30 tengah malam dan pemeriksaan menemukan 56.55 gram heroin bernilai RM1,372.

“Dadah itu ditemui di bawah tempat duduk pemandu kereta bersama alat penimbang serta gunting dan ketika polis menahan dua lelaki itu, mereka cuba memberikan rasuah kepada anggota berkenaan dengan menghulurkan wang tunai sebanyak RM150.

“Pada masa sama suspek merayu supaya tidak menangkap mereka serta memujuk untuk selesaikan di situ dengan memberi wang berkenaan. Anggota polis memberi amaran bahawa tindakan itu (rasuah) salah di sisi undang-undang namun tidak diendahkan dua lelaki terbabit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata ujian air kencing terhadap lelaki berusia 29 dan 32 tahun itu mendapati mereka positif dadah.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata polis menahan seorang daripada dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki mati dipukul di tempat pembuangan sampah di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini.

Beliau berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Kampung Pinang, Air Itam pada 10.10 malam tadi dan suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Polis masih mengesan seorang lagi lelaki dikenali sebagai Mohd Yusri Mohamed, 38, dari Flat Kampung Melayu untuk membantu siasatan kes yang sama, katanya.

Dalam kejadian malam Jumaat lepas, Lim Kok Boon, 33, dari Bandar Baru di sini, dipukul oleh dua lelaki kerana disangka polis dan mangsa meninggal dunia semalam. – BERNAMA

Tags: ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamidditahanrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd