Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Tidak Iktiraf...

KUALA LUMPUR - Satu kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa kementerian itu...

Polis Tahan Seorang Suspek,...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu dipercayai terlibat dalam...

‘Bersabar Kerana Ini Ujian...

PUTRAJAYA - 'Sentiasa perbanyakkan bersabar dalam menghadapi sebarang ujian'. Demikian nasihat daripada isteri Perdana...

11 Rakyat Malaysia Sertai...

KOTA BHARU - Sebelas rakyat Malaysia yang dikesan terlibat dengan kumpulan militan IS...

2 Lagi Hogan Bekery Dibuka Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Parkson Corporation Sdn Bhd, Solid Gatelink Sdn Bhd, merancang membuka dua lagi kedai Hogan Bakery menjelang akhir tahun, dengan kos RM1 juta sebuah.

Solid Gatelink, pemberi francais induk kedai roti di Taiwan, China dan Malaysia itu mengenal pasti IOI Mall, Cyberjaya dan Jaya Mall di Petaling Jaya sebagai lokasi untuk kedai baharunya.

“Kami sudah pun mempunyai tiga kedai roti di Parkson Elite Pavilion, Lion Office Tower dan Bukit Bintang sidewalk, dan kami merancang membuka dua lagi tahun ini dan lebih banyak pada tahun depan,” kata Pengurus Besar Solid Gatelink, Bernard Ng Yow Seng kepada pemebrita selepas pembukaan Hogan Bakery di Lion Office Tower di sini hari ini.

Syarikat itu mempunyai tiga premsis di China pada masa ini.

Selari strategi peluasan agresifnya, Solid Gatelink kini dalam rancangan untuk membuka dapur berpusat, yang akan membekalkan produknya kepada semua kedai roti sedia ada dan premis akan datang.

Ng berkata langkah itu baik kerana ia akan membuka pintu untuk syarikat berkenaan membekalkan roti dan pastri kepada kedai-kedai roti di Kuala Lumpur berikutan pengeluaran besar daripada dapurnya.


“Selain itu, kami juga merancang membuka kedai roti kecil di Lembah Klang sebelum memperluaskannya di luar pusat bandar,” katanya dan menambah Hogan Bakery akan berperanan sebagai pembekal roti bagi jenama lain menerusi Solid Gatelink.

Solid Gatelink juga ialah operator restoran Johnny Rockets dan Franco di Malaysia. – BERNAMA

Kategori