• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Pemandu Teksi Keluar PPBM Ditipu Tawaran RM500

oleh
19/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GELANG PATAH – Sekumpulan 15 pemandu teksi di sini hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana hilang keyakinan dengan parti tersebut.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, mereka pada awalnya dijanjikan dengan tawaran lumayan sebanyak RM500 untuk membawa pengundi ke tempat pengundian pada hari pilihan raya umum yang akan datang.

Namun, setelah enam bulan mereka didaftarkan sebagai ahli parti pembangkang kecil tersebut, langsung tiada wakil dari PPBM yang datang menjenguk mereka dan bertanyakan masalah dihadapi untuk dibantu.

“Kami yang mahu keluar hari ini dengan rela hati sebab kami tengok parti ini tidak mengambil sebarang maklum balas dari kami dan tiada apa bantuan yang mereka boleh berikan kepada kami,” kata Suhaimi Mohamed Said.

Beliau yang juga jurucakap kumpulan tersebut berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Taman Nusa Perintis hari ini. Keputusan itu ujar Suhaimi, 44, turut dibuat tanpa sebarang paksaan.

Sehubungan itu mereka meminta pihak PPBM untuk membatalkan keahlian mereka. Suhaimi berkata bahawa seramai 30 pemandu teksi di sini telah diambil maklumat peribadi mereka untuk didaftarkan menjadi ahli.

Beliau menambah mereka bertindak keluar parti kerana merasakan seperti diperdaya untuk menjadi ahli kepada parti serpihan UMNO tersebut setelah tertarik dengan tawaran wang tunai yang disediakan oleh PPBM.

“Mereka macam pancing kita dengan RM500 tersebut,” katanya lagi, sambil menambah bahawa mereka diberitahu bahawa PPBM hanya menyediakan slot terhad untuk membawa pengundi pada hari pilihan raya akan datang.

Sebelum ini ribuan ahli parti berlambang bunga itu mengumumkan keluar parti termasuk antara pengasasnya, Anina Saadudin dan Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman pada Sabtu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PPBMTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd