• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulin Aziz Luah Rasa Bengang Kena Tikam Belakang

oleh
01/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penyampai radio tempatan telah memuatnaik satu lirik video dilaman akaun Instagram miliknya seakan-akan memerli seseorang individu.

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz mengakui lirik video lagu Maafkan Kamu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Malique yang dimuat naik itu sememangnya ditujukan untuk seseorang.

Zulin, 28, berkata dia sudah agak lama mendiamkan diri terhadap sikap individu terbabit yang bersikap talam dua muka.

“Tiada niat lain selain saya mahu individu tersebut terasa dengan perbuatan yang pada saya sangat hipokrit. Saya harap dia tengok posting tu.

“Apa-apa pun, status tersebut juga boleh bersifat umum kerana saya percaya bukan saya seorang melalui situasi kawan sendiri tikam belakang,” katanya memetik sebuah portal online.

Jika pernah kau menfitnah, Sengaja menyakitkan hati, Melaga-lagakan kami, Busuk hati,fikiran kotor ,hasad dengki Aku sudah maafkan kamu. 🙏🏼

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on Jul 29, 2017 at 9:44pm PDT

Lirik video yang berdurasi 52 saat itu jelas tertulis :

“Jika pernah kau memfitnah, sengaja menyakitkan hati,melaga-lagakan kami, busuk hati, fikiran kotor, hasad dengki. Aku sudah maafkan kamu…”

Tambahnya lagi, individu yang dimaksudkan itu bukanlah dalam kalangan rakan sekerjanya di stesen radio tersebut.

“Saya tidak mahu ulas secara peribadi siapa yang saya maksudkan. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas,” luahnya dengan nada kecewa.

Dalam masa itu, walaupun mengalami kekecewaan tetapi Zulin tetap tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan apabila hajatnya yang sekian lama ingin berlakon kembali tercapai.

Kegembiraan itu dikongsi dalam entri terbarunya.

Lama zulin xberlakon… Sekali sekala kena jugalah muncul di tv kang org lupa saya pelakon.Terima kasih pihak produksi sanggup ikut jadual konti saya. Rindunyaaaa nak berlakon.❤️

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on Jul 30, 2017 at 9:17pm PDT

“Akhirnya kerinduan saya terbalas setelah lebih setengah tahun tidak berlakon. Tak sabar sebenarnya nak masuk set penggambaran,” kata penyampai radio tersebut.

Pari-Pari Sado merupakan terbitan Nats Production yang dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan penyanyi terkenal, Siti Nordiana.

Haaa…jaga-jaga dengan manusia zaman sekarang. Bukan dua muka je, bermuka-muka pun bersepah sekarang ni! Buat Zulin, banyak-banyak bersabar ya!– MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: bengangSuria FMzulin aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sharifah Shahira Melenting, Sindir AME 2019

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah melenting di laman Instagramnnya kerana mendakwa tidak diberikan tempat duduk sehingga...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd